Pempengaruh media sosial, Isa Isarb baru-baru ini membuat keputusan untuk menghentikan serta merta program Hero Teladan setelah ditentang keras oleh orang ramai kerana isu konsep program yang meletakkan peserta lelaki dan perempuan di bawah satu bumbung.
Program Hero Teladan Dihentikan Serta Merta
Isa menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Instagram, menyatakan bahawa mereka sebagai pihak penganjur tidak akan bersikap lepas tangan terhadap usaha dan kebajikan yang diberikan oleh peserta serta akan menanggung segala kerugian secara bersendirian tanpa melibatkan peserta.
“Kami telah menyedia dua cara pembahagian hadiah, anda perlu memilih kaedah yang anda suka. Sila pilih secara sebulat suara.
Risiko program ini diteruskan adalah kemungkinan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, di mana anda dan pihak penganjur berpeluang disabitkan dengan undang undang syariah (Enakmen 11 Tahun 1965, Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1965, Bahagian IX, Seksyen 154).”-kenyataan Isa di Instagram
View this post on Instagram
“Doakan Kami Dapat Launch Projek Baru…”
Terkini, Isa turut mendedahkan bahawa kesemua stafnya di bawah projek berkenaan telah hilang pekerjaan selepas program Hero Teladan dihentikan serta-merta.
“Disebabkan projek stop serta-merta. Semua staf di bawah projek ini jobless. We will take 100% responsible. Kita buat semula proses interview, untuk salurkan mereka ke tugas-tugas dalam syarikat. Doakan kami dapat launch projek baru sooner.”-kongsi Isa
@isaisarbofficial Come back stronger !
♬ Perwiraku teruskan berjuang – Rilex Are Boh
Adakah anda sudah menonton program Hero Teladan? Apa komen anda?