Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 22, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ismail Izzani Dorong Ibu Kembali Bergelar Isteri – ‘Sebenarnya Saya Yang...

    [VIDEO] Ismail Izzani Dorong Ibu Kembali Bergelar Isteri – ‘Sebenarnya Saya Yang Suruh Mama Kahwin’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Demi melihat kebahagiaan ibu, penyanyi Ismail Izzani menggalakkan bonda tercintanya untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

    Minta ibu kahwin semula

    Ketika ditemui , Ismail atau nama lengkapnya Izzani Zainal Nazeri berkata, dia yang meminta ibunya untuk berkahwin semula selepas melihat keserasian mereka malah keluarga juga merestui perhubungan tersebut.

    Sebenarnya saya yang suruh mama kahwin. Saya cakap, lebih baik mama teruskan hubungan ini sebab masing-masing sudah saling kenal dan bekerjasama.

    Saya berbincang dengan kakak dan adik-beradik lain, semuanya setuju dan gembira untuk mama.

    Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 25 tahun itu memberitahu ibunya gusar untuk kembali bergelar isteri pada awalnya.

    Mama sebenarnya takut nak kahwin lagi. Dia rasa seperti tak yakin untuk mulakan kehidupan baru sebagai isteri sekali lagi.

    Tetapi saya katakan kepada mama, perkahwinan ini mungkin membuka rezeki lain. Semua ahli keluarga menyokong keputusan tersebut.

    Ismail berkata demikian ketika ditemui di majlis Lebaran Era Leeyana Rahman Fashion
    Show yang berlangsung di Stadium Merdeka pada Isnin.

    Ismail gembira untuk mama

    Dalam masa yang sama, Ismail meluahkan rasa bahagia dengan kehidupan bersama keluarga baharu selepas melihat pelbagai cabaran yang ditempuhi ibunya sebelum ini.

    Saya sangat-sangat gembira. Tak cukup kata untuk menggambarkan perasaan ini. Dengan kehadiran bapa tiri dan abang tiri, keluarga kami kini lebih besar dan lengkap.

    Mama layak untuk bahagia. Saya tahu betapa sukarnya perjalanan hidup dia sebelum ini, dan sebagai anak manja, saya selalu ada bersama dia.

    Sementara itu, pelantun lagu Luar Biasa tersebut juga menyifatkan bapa tirinya sebagai seorang lelaki yang budiman malah hubungan mereka sangat akrab.

    Dia (bapa tiri) pula seperti mentor bagi saya. Ketika saya nak mula buat muzik, dia hadiahkan saya sebuah laptop.

    Sokongannya amat bermakna dan saya takkan lupakan jasa dia. Kami kini lebih banyak luangkan masa bersama.

    Terdahulu pada 22 Disember lalu, penyanyi era 1980-an, Suliza Salam selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Ismail A. Samad.

    ALSO READ:  Kisah Guru dan Pelajar Bercinta: Ibu Dakwa Anaknya Dipeluk dan Dicium Oleh Guru Matematik, Ada Kesan Merah pada Leher

    Untuk rekod, Suliza bernikah dengan ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.

    Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perpisahan mereka sehingga sekitar tahun lalu, Ismail mengesahkan perceraian ibu bapanya.

    @official

    Demi melihat kebahagiaan ibu, penyanyi Ismail Izzani menggalakkan bonda tercintanya untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua. ?# #fyp #news #ismailizzani #dorong #ibunya #kahwin

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts