Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Isteri Ajak Menangis Teresak-Esak – ‘Anak Murid Tanya Kidzania Macam Mana,...

    [VIDEO] Isteri Ajak Menangis Teresak-Esak – ‘Anak Murid Tanya Kidzania Macam Mana, Dia Tak Sampai Hati Nak Cerita’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    isteri ajakisteri ajak

    Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Ajak iaitu Afifah Amin bersedih kerana terkenang akan anak muridnya.

    Harap dapat bawa mereka

    @ajakshiro_

    Ko ingat senang ke jadi Suami Cikgu? Pada Suami Cikgu yang dah pencen..Macam mana gaknya kamu ngadap situasi macam ni? Mohon kongsi petua Senior..?? . Insyallah Bu..Doakan rezeki Baba..Bila cukup nanti Baba bawak satu Sekolah tu pergi sana eh…? . @afifahamin . #insyaallah #tawakkal #pipah

    ? original sound – Ajak Shiro – Ajak Shiro

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Afifah dilihat sedang menangis teresak-esak di sisi suaminya.

    Difahamkan kesedihan itu adalah kerana anak murid Afifah bertanya tentang taman tema kanak-kanak popular yang terletak di ibu negara iaitu Kidzania.

    Anak murid dia tanya, Kidzania macam mana. Dia tak sampai hati nak cerita.

    Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak kemudian cuba untuk memujuk Afifah. Dia juga memohon doa agar dilimpahkan rezeki supaya dapat membawa anak murid isterinya ke taman tema tersebut.

    Tak apa, nanti kita bawa budak-budak tu pergi. Baguslah cikgu ni.

    Insya-Allah bu, doakan rezeki baba. Bila cukup nanti baba bawa satu sekolah pergi sana.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak berikutan para pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza dan tidak semua mampu untuk menikmati zaman kanak-kanak mereka.

    Warganet yang bergelar pengajar juga turut berkongsi pengalaman sama ketika berdepan dengan situasi seperti Afifah.

    Beginilah bila seorang cikgu mendidik dengan jiwa.

    Budak-budak yang susah tu ramai, cikgu lah yang mampu mengeluarkan mereka dari kemiskinan dengan ilmu.

    Anak murid saya pernah tanya macam mana rasa ayam. Jadi cikgu berpakat gilir-gilir beli untuk dia.

    Moga ada rezeki Ajak bawa budak-budak pergi sana. Amin.

    ALSO READ:  Bukan Vampire & Tak Guna Susuk, Anne Hathaway Makin Lama Makin Awet Muda Kerana 4 Perkara Ini…

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts