Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Isteri ‘Influencer’ Dedah Dicerai Talak Tiga Setelah Suami ‘Kantoi’?-“Dia Berlaku Curang...

    [VIDEO] Isteri ‘Influencer’ Dedah Dicerai Talak Tiga Setelah Suami ‘Kantoi’?-“Dia Berlaku Curang Dan…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu masalah rumah tangga yang melibatkan ‘penyondol’ masih lagi menjadi bualan sehingga ke hari ini.

    Kali ini, tular mengenai pempengaruh media sosial Hajar Hanif yang tampil mendedahkan tindakan suaminya yang juga pempengaruh media sosial dan usahawan, Mikhail Isaaq yang telah berlaku curang serta membawa wanita lain ke dalam kediaman miliknya.

    “Dah Bertahun Sebenarnya Saya Dah Jatuh Talak 3…”

    Tambahnya lagi, Hajar mendedahkan bahawa dia baru sahaja mengetahui suaminya telah melafazkan talak tiga terhadapnya beberapa tahun yang lalu.

    “Tak pernah sangka ini takdir saya. Dan lebih parah, kegiatan si dia ni dah bertahun-tahun. Dan dah bertahun sebenarnya saya dah jatuh talak 3. Tapi saya baru sahaja tahu beberapa hari ini.

    Macam mana boleh jatuh talak 3? Si dia pernah lafaz di saat selepas kantoi segala kegiatannya setelah 1-3 bulan bernikah pada tahun 2017. Dia berlaku curang dan berbukti kukuh. Saya nak meningggalkan dia dan dirayu untuk menerimanya kembali.”-dedah Hajar di TikTok

    Mohon Orang Ramai Tampil Beri Bukti

    Akui hatinya kini sudah ‘hancur’ dengan kecurangan suami, Hajar turut meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa suaminya untuk tampil ke hadapan memberikan bukti selepas dirinya kini telah diugut mengenai hak penjagaan anak.

    “Saya minta tolong sangat supaya sesiapa yang pernah teraniaya & pernah menjadi mangsa si dia (seks atau sebagainya) untuk tampil memberitahu saya kegiatannya yang lain yang mungkin belum diketahui.

    Sesiapa yang pernah nampak si dia ke club malam , mabuk & bersama perempuan, tolong sangat share pada hajar di dm. Sebab hajar dah dapat beberapa bukti dari dm. Kalau ada bukti gambar lebih baik. Dia mengugut untuk mengambil anak & pastikan i takdapat hak penjagaan anak anak. Ini terlalu kejam. Hati saya hancur sehancurnya. Tolong saya korang, if ada evidence, give it to me😢.”-tulis Hajar lagi

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts