Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz berkongsi keadaan terkini aktor itu selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kuala Lipis, Pahang pada Jumaat lalu.
Tanggungjawab seorang isteri
@puan_nilamortiz terima kasih suamiku @azlankomeng_official kau memegang akad kita dengan erat, berjanji mendahului aku dalam apa jua waktu,Allah telah memberi jawapan kepada setiap soalan yang aku tanyakan. dulu, kini dan selamanya akad ni aku akan gengam hingga ajal yang memisahkan
? original sound – Encik Senget – Encik Senget
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Nilam dilihat sedang membersihkan wajah Azlan yang terlantar di atas katil hospital.
Pada ruangan kapsyen hantaran tersebut, Nilam menulis coretan istimewa buat suaminya.
Terima kasih suamiku, kau memegang akad kita dengan erat. Berjanji mendahului aku dalam apa jua waktu.
Allah telah memberi jawapan kepada setiap soalan yang aku tanyakan.
Dulu, kini dan selamanya akad ini aku akan genggam hingga ajal yang memisahkan.
Netizen turut berdoa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Azlan dan Nilam cepat sembuh.
Dalam masa yang sama, mereka turut tersentuh dengan tindakan Azlan yang melindungi Nilam ketika insiden itu berlaku.
Betapa sayangnya Azlan dekat Nilam sanggup lindungi dia.
Sebak bila dengar cerita Azlan lindungi isterinya sedangkan dia dah cedera teruk.
Terharu dengar, itulah kasih sayang suami kepada isteri.
Terdahulu, Nilam memaklumkan dirinya dan Azlan telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri.
Menurut Nilam, kenderaan yang dipandu Azlan telah bertembung dengan sebuah van ketika mereka dalam perjalanan ke tapak berniaga.
Kemalangan tersebut memerlukan Azlan untuk menjalani pembedahan pada bahagian tangan kanan dan mengalami kecederaan lain iaitu patah pada bahagian kedua-dua belah kaki dan pinggul.