Kisah menyayat hati membabitkan dua warga emas berasal dari negara China ini pastinya akan meruntunkan hati wargamaya media sosial.
54 tahun terpisah
@ndasdnr #shocked #scene #lovestory #reality #loyal #sad #moment #viral #fypdonggggggggg? #video ? original sound – ??
Menerusi video yang tular di TikTok, kelihatan seorang wanita warga emas yang berteriak dan memeluk seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda.
Difahamkan, mereka berdua merupakan pasangan suami isteri yang telah pun terpisah selama 54 tahun akibat konflik peperangan yang melanda pada ketika itu.
Wanita tersebut dikatakan tidak berkahwin dan setia menanti kepulangan suaminya sepanjang tempoh perpisahan mereka.
Namun, apa yang menyedihkan ialah, si suami telah mendirikan rumah tangga bersama wanita lain dan mempunyai beberapa orang anak serta cucu.
Sepasang suami isteri sudah berpisah selama 54 tahun akibat konflik peperangan. Si isteri tidak pernah berkahwin namun, suaminya mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak serta cucu.
Menerusi video itu juga, dapat dilihat si suami berasa bersalah di saat isterinya itu menangis di atas pangkuannya.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen hampa dengan tindakan lelaki itu yang memilih untuk berkahwin dengan wanita lain dan mendakwanya tidak cuba untuk mencari isterinya itu.
Namun, seorang individu tampil memberikan pendedahan bahawa si suami terpaksa meneruskan kehidupannya dengan wanita lain kerana menyangkakan isterinya itu sudah pun meninggal dunia.