Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Isteri Menyesal Bomoh Suami Sebab Cemburu, Risau ‘Tambah Cawangan’ – ‘Dia...

    [VIDEO] Isteri Menyesal Bomoh Suami Sebab Cemburu, Risau ‘Tambah Cawangan’ – ‘Dia Cuma Makan Nasi, Lauknya Tak Makan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    bomoh suamibomoh suami

    Gambar sekadar hiasan

    Seorang wanita mengakui dia sanggup menggunakan untuk ‘menundukkan’ suaminya sendiri.

    Kesan bomohkan suami

    bomoh suamibomoh suami

    Menerusi perkongsian oleh Ustaz Farid Ravi, dia telah didatangi oleh seorang wanita yang membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan kesalahan besar terhadap suaminya.

    Difahamkan wanita itu bertindak sedemikian kerana cemburu akan suaminya dan termakan hasutan rakan yang memberi cadangan untuk mendapatkan bantuan bomoh.

    Dia nak minta nasihat, dia dah melakukan kesilapan yang besar.

    ‘Saya jumpa bomoh untuk bomohkan suami saya. Sebab ada kawan-kawan beritahu jangan percaya pada suami, sebab dia selalu sangat pergi outstation entah-entah dia ada cawangan lain (isteri lain).

    Kawan dia ada kenal seorang bomoh dan berkata, ‘nanti dia (bomoh) buatkan air supaya suami tak cari orang lain.’

    Bagaimanapun, menurut wanita berkenaan, keadaan suaminya menjadi lebih teruk kerana terlalu mengikut telunjuknya. Perkara itu telah menyebabkan aktiviti seharian suaminya turut terganggu.

    Saya nak suami saya sayang, tapi jadi lain. Dia jadi bodoh.

    Lepas hidang air, saya bagi nasi dan saya jemput dia untuk makan. Tapi dia cuma makan nasi sahaja, lauknya tak makan.

    Suami saya berkata, ‘awak tak suruh’.

    Begitu juga kalau buat kopi, dia hanya tengok sampai kopi dah sejuk kerana tak disuruh minum.

    Parah dah ustaz, keluar mandi pun dia tak pakai apa-apa. Saya tanya dia kenapa, tuala kan ada..dia jawab ‘awak tak suruh’.

    Susulan itu, Ustaz Farid menasihati wanita tersebut untuk menarik balik sihir dan cuba untuk mengubatinya dengan cara Islamik namun usahanya gagal.

    Saya kata jumpa baliklah bomoh tu suruh dia tarik balik (sihir), tapi dia kata bomoh itu dah meninggal dunia.

    Kemudian saya minta dia untuk baca Yassin dan buat doa selamat. Dia berkata, dah buat banyak kali tapi tak jadi.

    Pendakwah itu kemudian membantu wanita berkenaan dengan meminta pertolongan daripada rakannya yang merupakan pengamal perubatan Islam.

    Saya panggil seorang kawan daripada pusat perubatan Islam, minta dia ubatkan, baca doa dan bagi air. Lepas itu dia dah tak datang, mungkin sudah okay.

    Bila awak jumpa bomoh jadi benda-benda macam tu, awak tak yakin dengan Allah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Nyanyi Atas Pentas Cetus Perhatian Ramai!-“Caras Job Ibu Ni”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts