Setiap kali tiba bulan Ramadan, segelintir pengguna aplikasi TikTok pasti tidak sabar menantikan konten yang akan dimuat naik oleh pengusaha salun rambut terkemuka iaitu RidzOkumura.
Bangun 2 pagi
RidzOkumura sering berkongsi video juadah bersahur dan berbuka puasa yang dihidangkan oleh isterinya persis di restoran mahal dan hotel mewah.
Selain hidangan menu yang berselera itu, gelagat anak RidzOkumura bernama Sky Taizo ketika bersahur dan berbuka puasa turut mencuit hati netizen.
Netizen yang singgah ke ruangan balas sering bertanyakan kepada pengusaha salun itu pada jam berapa isterinya bangun dari tidur untuk menyiapkan menu bersahur.
Menerusi hantaran di TikTok, RidzOkumura berkata isterinya akan bangun jam 2 pagi untuk menyiapkan menu bersahur untuk dia dan anak mereka.
Terima kasih kawan-kawan semua yang suka konten hidangan disediakan isteri saya. Isteri saya bangun sahur setiap hari pukul 2 pagi atau 3 pagi untuk siapkan hidangan.
Dia kemudian akan gerakkan saya (kejut) jam 5 pagi. Yang penting dia cuci kemas dapur sampai pukul 10 pagi. Lepas itu baru dia dapat rehat sekejap, kadang terlajak terus sampai tak bersahur dengan kami.
Video
@ridz_okumuraSelamat bersahur kawan2? original sound – Ridzokumura