Seorang individu yang dikenali sebagai Ustaz Hj Taufik berkongsi keadaan terkini pelakon vetera, Roslan Saleh di TikTok.
Roslan semakin uzur
@ustaz.hj.taufik.ut Wanita Syurga ini lah yg setia menjaga Pak Lan siang & malam tanpa rasa jemu & putus asa walaupun keadaan Pak Lan yg buta matanya & uzur tubuh badannya sejak 4 tahun lepas. Moga Allah swt kurniakan isteri Pak Lan ini sebaik2 ganjaran iaitu ganjaran Syurga Firdaus asbab mujahadah & pengorbanannya terhadap suami tercinta,Roslan Saleh @Pak Lan. Allahumma Aamiin3x ?? #roslansaleh #paklan #pelakonlagenda #pelakonmalaysia #pelakonvateran #isteripaklan #pengorbananseorangisteri #kesetiaanseorangisteri #UT ? Kali terakhir ku lihat wajahmu – Amsyarleee
Menerusi hantaran yang dimuat naik, dapat dilihat Roslan atau lebih mesra disapa Pak Lan berada dalam keadaan yang semakin uzur.
Dapat dilihat Pak Lan yang hanya terbaring di atas katil sedang dirawat oleh isterinya iaitu Zainun Majid.
Di ruangan kapsyen, Ustaz Taufik memuji Zainun yang sentiasa setia menjaga Pak Lan di sisi.
Wanita syurga ini lah yang setia menjaga Pak Lan siang dan malam tanpa rasa jemu dan putus asa walaupun keadaan Pak Lan yang buta matanya dan uzur tubuh badannya sejak 4 tahun lepas.
Di akhir hantaran, Ustaz Taufik mendoakan agar Allah mengurniakan balasan syurga buat Zainun kerana tidak pernah jemu dan putus asa menjaga Pak Lan.
Moga Allah SWT kurniakan isteri Pak Lan ini sebaik-baik ganjaran iaitu ganjaran syurga Firdaus atas sebab pengorbanannya terhadap suami tercinta, Roslan Saleh atau Pak Lan.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat momen Pak Lan dan isterinya dan mendoakan agar segala urusan pelakon veteran itu dipermudah serta diberikan kesembuhan.
Terdahulu, Pak Lan dikhabarkan hilang penglihatan selepas menghidap penyakit kencing manis selama beberapa tahun hingga membuatkannya sukar untuk bergerak.
Keadaan kesihatannya yang kurang baik itu membuatkan Pak Lan tidak lagi aktif dalam dunia lakonan dan mula melakukan perniagaan bagi menampung kehidupan seharian.