Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Isu Jenazah Mualaf Dibakar, Shaniena Natasya Gesa Tukar Status Agama Di...

    [VIDEO] Isu Jenazah Mualaf Dibakar, Shaniena Natasya Gesa Tukar Status Agama Di JPN – ‘Dekat Dunia Kita Mungkin Terlepas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    shaniena mualafshaniena mualaf

    Usahawan dan pempengaruh Shaniena Natasya, berkongsi kisah seorang lelaki mualaf yang mayatnya hampir dibakar.

    Mayat dibakar

    @shanienanatasyaaaa

    ? original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shaniena berkata tiada seorang pun ahli keluarga lelaki tersebut yang mengetahui bahawa dia sudah memeluk Islam.

    Difahamkan lelaki itu juga tidak pernah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar status agama di kad pengenalannya.

    Ada seorang lelaki Siam ini, dia tinggal dekat Kedah. Dia masuk Islam tetapi di dalam kad pengenalan dan di JPN, dia tidak tukar.

    Jadi apabila berlaku kematian, ibu dan keluarga dia tak pernah tahu langsung dan dia sendiri pun tak beritahu sesiapa yang dia sudah memeluk agama Islam.

    Sehinggalah tiba pada hari pengebumiannya, jenazah lelaki tersebut hampir dikebumikan pengikut agama Buddha.

    Bila dia meninggal dunia, mereka nak buat ritual pengebumian cara Buddha. Tiba-tiba ada kereta polis dan ada imam datang beritahu mereka bahawa arwah adalah seorang Islam.

    Mereka kemudian ambil jenazah lelaki itu dan buat pengebumian secara Islam.

    Justeru itu, Shaniena menggesa agar semua mualaf menukar status agama mereka di kad pengenalan dan memaklumkan kepada orang terdekat untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

    Saya ada ramai kawan dan ahli keluarga yang tak menukar agama di kad pengenalan mereka. Apabila meninggal dunia, pihak hospital mestilah akan tengok kad pengenalan dahulu jadi ibu bapa atau keluarga si mati akan tuntut mayat lalu dikebumikan bukan cara Islam.

    Yang mana dah masuk Islam, pergilah tukar kad pengenalan. Dekat dunia kita mungkin terlepas, orang buat pengebumian secara bukan Islam tapi kalau dah meninggal macam mana kita nak menjawab?

    Jadi, bila dah masuk agama Islam, tolonglah beritahu orang terdekat awak sebab kes ini banyak berlaku.

    Terdahulu, tindakan membakar mayat suami kepada selebriti Indonesia Jennifer Coppen iaitu Dali Wassink telah mengundang pertikaian ramai lebih-lebih lagi selepas mengetahui allahyarham merupakan seorang mualaf.

    ALSO READ:  [VIDEO] Hafiz Mahamad Beri Nasihat, Risau Kes Jenayah Meningkat – ‘Jangan Keluar Seorang & Jaga Aurat’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts