Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Isu Kes Saman Puteri Sarah Capai Kata Sepakat, Bekas Kakak Ipar...

    [VIDEO] Isu Kes Saman Puteri Sarah Capai Kata Sepakat, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Di Hadapan Hakim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Proses tuntutan saman pelakon, Puteri Sarah Liyana ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan berakhir dengan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

    Bekas kakak ipar Ira mohon maaf

    Keputusan itu diputuskan Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat selepas Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah itu secara baik.

    Menurut peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas berlakunya perbincangan di antara anak guamnya selaku plaintif bersama defendan di luar mahkamah.

    @official Puteri Sarah Hadir Bagi Tuntutan Saman Terhadap Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pukul 9:40 pagi ini# #fyp #news #puterisarah #saman #kakakipar #irakazar ? original sound – OHBULAN!

    Ketika prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Puan Yasmin Abdul Razak, Wiwi kesal dengan tindakannya memuat naik hantaran berbaur tohmahan justeru membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah.

    Saya Wiwie Arvienda Mazweena membuat permohonan maaf terhadap Puteri Sarah atas kesalahan posting yang saya lakukan pada 24 Ogos 2023.

    Sementara itu, Akberdin yang membaca draf penyataan memaklumkan bahawa pihak defendan dan plaintif bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform media sosial.

    Selain itu, Wiwi juga perlu untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat untuk tatapan umum selama tujuh hari di Instagram (IG) bermula hari ini.

    Untuk rekod, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Datin Shahida Paksa Anak-Anak Buat Trend TikTok, Netizen Terhibur!-“Bagus Didikan….”

    Tuntutan itu dibuat selepas Wiwi membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram pada 24 Ogos tahun yang sama.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts