Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Isu Tuntutan Hadanah Harith Iskander Capai Kata Sepakat, Setuju Beri Hak...

    [VIDEO] Isu Tuntutan Hadanah Harith Iskander Capai Kata Sepakat, Setuju Beri Hak Jagaan Anak Sepenuhnya Kepada Bekas Isteri – ‘Ini Untuk Keselesaan Anak-Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    anak harith 1anak harith 1

    Pelawak dan pelakon, Harith Iskander bersetuju untuk memberikan hak jagaan anak-anak sepenuhnya kepada bekas isteri, Dr Jezamine.

    Capai kata sepakat

    anak harith 2anak harith 2

    Ketika ditemui , pemilik nama Harith Iskander Musa ini memaklumkan bahawa isu melibatkan hak penjagaan ini membuatkan dirinya dan bekas isteri berbalah dengan berebut hak penjagaan memandangkan mereka sudah membuat beberapa persetujuan bersama.

    Menurut Harith, keputusan ini juga dibuat demi keselesaan dan kelangsungan hidup anak-anak.

    Kami setuju untuk hak jagaan bersama. Anak-anak akan tinggal dengan Jezamine, saya pula ada diberi hak lawatan, hak bermalam.

    Tidak akan ada perebutan. Insya-Allah sekarang ini sudah sampai satu tahap kami bersetuju dengan semua langkah (yang dilakukan) yang dilakukan.

    Ini semua untuk keselesaan anak-anak, kesenangan dan juga bagi mereka faham yang kasih sayang kami tidak berubah.

    Harith berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas perbicaraan kes hadanah dan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Sementara itu, pelawak berusia 57 tahun memaklumkan bahawa tiada sebarang isu mengenai tuntutan harta sepencarian memandangkan dia dan bekas isteri masih lagi menguruskan syarikat mereka bersama.

    Sekarang ini kami memang bersama untuk uruskan syarikat. Tanggungjawab tidak bertukar. Jezamine masih pengurus saya.

    Terdahulu, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.05 tengah hari, Khamis.

    Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine pada bulan lalu.

    Untuk rekod, Harith dan Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

    Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, yang berusia 9 tahun.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Bukan Kami Tak Nak Muncul’ – Achey Dedah Bocey Tak Dapat Tawaran Buat Persembahan Di ‘Mainstream’ Sejak Pemergian Abam

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts