Pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming memberikan amaran keras buat pemberi bantuan buat mangsa banjir menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan bersama beberapa sukarelawan di Kelantan, baru-baru ini.
KA bagi ‘warning’
@syaz_aa noted Okey #luxurygarden #KA #khairulaming #khairulamingfans #tolongmangsabanjir #kelantan #fpy? #fypage #happy2024 #fyppppppppppppppppppppppp ? original sound – syaz_aa
Menerusi rakaman video yang tular di TikTok, dapat dilihat seorang sukarelawan memaklumkan terdapat lampin bayi yang sudah berkulat diberikan kepada mangsa banjir.
Allah, siapa yang hantar lampin berkulat ini?
Okay baiklah, satu perkara yang saya nak pesan ialah jangan jadikan tempat mengumpul barang sumbangan ini sebagai tempat pelupusan barang.
Aku memang haramkan benda itu.
Jadi, jangan lampin berkulat, makanan yang dah ‘expired’, baju berlubang dan barang yang tak elok.
Kena berikan yang terbaik
Tambah Khairul, dia faham keadaan darurat yang dihadapi mangsa yang terjejas namun setiap bantuan yang diberikan perlulah berada dalam keadaan yang baik bagi membantu mereka menjalani kehidupan sementara di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Kita faham mereka berada dalam keadaan darurat tapi kita kena cuba yang terbaik dahulu.
Selagi mana boleh dan kalau betul-betul dah tak ada barang baru kita akan guna.
Tapi sekarang ini, selagi boleh tolong berikan barang yang elok dan terbaik.
Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan Khairul Aming kerana membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.