Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Jangan Salahkan Anak-Anak Sis Kalau Diorang Takde Rasa Apa-Apa..”-Rita Rudaini

    [VIDEO] “Jangan Salahkan Anak-Anak Sis Kalau Diorang Takde Rasa Apa-Apa..”-Rita Rudaini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian terkini, pelakon Rita Rudaini yang memaparkan gelagat anak-anaknya iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna mencuri perhatian netizen di media sosial.

    Menerusi siaran langsung di TikTok Rita, Rayyan sempat meminta netizen untuk tidak mengasihani mereka selepas dikatakan tidak mendapat kebenaran untuk berjumpa dengan bapa mereka, Aidil Zafuan.

    “Kita dah biasa. Dah berjuta kali dengar, dah muak dah dengar.

    Tak payah kesian. Duduk kat rumah mana ada hari-hari nangis.”-kata Rayyan ketika sesi live di TikTok

    @ritrud727

    Jgn salahkan anak2 sis klau dorg xde rasa apa2..dorg xde memori langsung..so xde nk rasa sedih..masa tu ryan 2thn,adik 8bulan…apa yg dorg ingat?? Sis pon dulu di tinggalkan bapa umur 2thn jugak..sy xde rasa apa 😊 biasa ja hidup sis …bahagia hidup dgn mama dan di kelilingi family n sedara mara sis yg baik…mencurah2 kasih syg sis n abg dpt…tak terkesan! Begitu juga dgn Ryan dan Arjuna….

    ♬ original sound – ritrud727 – ritrud727

    “Masa Tu Ryan Umur 2 Tahun, Adik 8 Bulan. Apa Yang Diorang Ingat?..”

    Dalam pada itu, Rita turut menyatakan bahawa anak-anak itu tiada memori langsung mengenai bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak disebabkan usia mereka berdua yang masih kecil ketika ditinggalkan oleh bapa mereka.

    “Jangan salahkan anak-anak sis kalau diorang takde rasa apa-apa. Diorang takde memori langsung. So takde nak rasa sedih.

    Masa tu Ryan umur 2 tahun, adik 8 bulan. Apa yang diorang ingat?

    Sis pun dulu ditinggalkan bapa umur 2 tahun jugak. Saya takde rasa apa-apa. Biasa je hidup sis. Bahagia hidup dengan amma dan dikelilingi keluarga dan saudara mara sis yang baik.

    Mencurah-curah kasih sayang sis dan abang dapat. Tak terkesan! Begitu juga dengan Ryan dan Arjuna.”-tegas Rita

    Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada September 2013.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nabila Razali Bakal Timang Anak Lelaki, Tak Sabar Untuk ‘Shopping’ Barang Baby

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts