Di TikTok, pelakon Janna Nick memberitahu dia tidak boleh menerima sekiranya suaminya, Dini Schatzman bersuara dalam nada tinggi untuk berkomunikasi.
Hati sensitif
Menurut Janna atau nama penuhnya Nurul Janna Muner, 29, hatinya sangat sensitif jika terdapat individu yang berbual dalam nada suara tinggi dengannya terutama suami.
Dulu Dini tidaklah cakap dengan nada lembut sangat. Saya tidak boleh dengan seseorang yang cakap dalam nada keras atau tinggi suara. Lama-kelamaan dia pun sudah terbiasa cakap dengan begini dengan saya.
Kalau dia cakap kasar saya akan mudah terganggu dan rasa dia seorang panas baran.
Tambah Janna, Dini akan merasai hal yang sama sekiranya dia bercakap dalam nada suara yang sebegitu. Pelantun suara ‘Gatal’ ini juga menafikan dakwaan dia dan suami sekadar ‘berlakon’ mesra dan sopan di media sosial.
Sekarang ini, kalau tiba-tiba saya marah dan tertinggi suara, dia pun akan jadi sensitif dan terasa. Jadi, kami lebih selesa berkomunikasi sebegini. Kami juga bukan sengaja nak mengada-ngada berbual seperti bayi dan manja tetapi inilah diri saya.
Saya tiada memori pada zaman kecil, jadi sekarang ini saya mahu cipta balik.
Video
@jannanickofficial Replying to @Queen Zuhayra communication is KEY . saya doa awak & suami happy , sentiasa bercinta sampai tua ??
? original sound – jannanick95 – jannanick95