Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Janna Nick Terbeliak Biji Mata Dengar Peserta ICSYV Nyanyi – ‘Saya...

    [VIDEO] Janna Nick Terbeliak Biji Mata Dengar Peserta ICSYV Nyanyi – ‘Saya Sangat Terpegun Dengan Suara Dia!’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Program yang paling dinanti-nantikan setiap hujung minggu iaitu I Can See Your Voice Malaysia telah pun memasuki musim ke-7 pada tahun ini.

    Paling menarik, ianya bukan sahaja menghiburkan, malah program ini menjadi platform untuk mengetengahkan bakat-bakat baharu.

    Juri terpegun

     

    View this post on Instagram

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Menerusi episod terbaharu yang berlangsung pada Ahad, seorang peserta bernama Hazrul Alif menyampaikan lagu berjudul Mungkin Saja bersama artis jemputan iaitu Janna Nick.

    Ketika membuka sahaja mulut dan mendendangkan lagu tersebut, Hazrul telah membuatkan para panel tergamam dengan kelunakan suaranya.

    Menurut Janna, dia sama sekali tidak menyangka peserta tersebut mempunyai intonasi suara yang sangat menarik.

    Saya sangat-sangat terpegun dengan suara dia, sangat sedap!

    Dalam pada itu, aktress Puteri Sarah yang bertindak sebagai panel jemputan berkata, personaliti Hazrul telah memberi keyakinan terhadapnya untuk meneka bahawa dia adalah penyanyi sebenar.

    Dia meyakinkan saya, saya rasa seperti boleh ‘connect’ dan ada telepati.

    Untuk info, sekiranya peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, beliau bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Manakala penyanyi sebenar mungkin akan berpeluang menyertai Alternate Records & Talents dan merakamkan single bersama komposer terkenal.

    Pada musim ini penonton akan dihiburkan lagi dengan gelagat barisan panel penyiasat tetap baharu yang terdiri daripada pelakon, pelawak dan penyanyi hebat tanah air iaitu Naim Daniel, Riena Diana, Bell Ngasri dan Siti Khadijah Halim.

    Anda sekeluarga juga boleh menjadi penyiasat! Jadi jangan terlepas untuk menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 setiap hari Ahad, pada pukul 9.00 malam di TV3 dan penonton juga boleh strim langsung secara HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau anda boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    ALSO READ:  ‘Jangan Ambil Hak Orang, Lagi-Lagi Bila Pakaian Tak Melambangkan Peribadi’ – Puteri Sarah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts