Pelakon dan pengacara, Janna Nick menangis ketika memberi ucapan buat suami tercinta, Dini Schatzmann semasa sambutan ulangtahun perkahwinan mereka, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Dini Schatzmann Kongsi Rutin Wajib Sempena ‘Anniversary’, Sikat Rambut Janna Nick Sebelum Tidur – ‘Kalau Tak Buat, Rasa Tak Lengkap’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Janna Nick Sebak Minta Bella Astillah Doa Dikurniakan Zuriat – ‘Nak Baby Comel Macam Anak-Anak Bella’
Ucapan istimewa buat suami
Menerusi perkongsian di TikTok, Janna berkata, kehadiran Dini dalam hidupnya membuatkan dirinya disayangi.
Sebab adanya awak dalam hidup saya, sepanjang saya hidup tak ada lelaki yang saya kenal buat saya rasa sangat-sangat disayangi.
Tapi lepas saya jumpa awak, sayang saya rasa Allah tu adil sangat.
Dalam pada itu, Janna bimbang rasa sayang yang teramat kepada suaminya akan ditarik Allah SWT satu hari nanti.
Terima kasih sangat sebab awak terima saya dan kekurangan saya. Saya sangat-sangat sayang awak. Terlalu sayangkan sampaikan saya kena selalu ingatkan diri saya tak boleh sayang awak terlalu banyak sebab takut Allah ambil awak daripada saya tapi saya sayang awak sangat-sangat.
Terima kasih sebab tahan dengan perangai saya dengan mental saya. Kadang-kadang saya meroyan, saya minta maaf.
Untuk rekod, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 selepas lima tahun berkenalan pada 27 Mac 2019.
@ehmalaysia Happy anniversary Dini & Janna Nick #ehmalaysia ? original sound – ehmalaysia