Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Janna Nick Terpaksa Jalani Pembedahan-“Disebabkan Seekor Kucing…”

    [VIDEO] Janna Nick Terpaksa Jalani Pembedahan-“Disebabkan Seekor Kucing…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan pengacara, Janna Nick membuat perkongsian bersama peminat mengenai dirinya yang terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan gara-gara seekor kucing.

    Terpaksa Jalani Pembedahan Kerana Seekor Kucing

    Menurut Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, dia buat pertama kalinya dalam hidup terpaksa menjalani pembedahan sinus setelah selesai penggambaran bersama seekor kucing.

    “Saya perlu surgery guys. Korang mesti nak tahu kan macam mana saya boleh masuk hospital. Dan untuk pertama kalinya dalam hidup, saya perlu jalani pembedahan. Yang pastinya saya masuk hospital bukan sebab mengandung.

    Saya kena surgery sinus, disebabkan seekor kucing saya shoot dengan dia. Dia telah membuatkan hidung saya jadi sangat teruk sampai kena masuk hospital.

    Sinus saya agak kronik laa. Untuk siapa-siapa yang ada resdung di luar sana, saya nak remind korang untuk cepat-cepat makan ubat anti selsema dan bersihkan hidung dengan air garam.

    Resdung ni masalah besar sebab saya dah hilang nikmat rasa dan bau “-Jelas Janna Nick di TikTok

    @jannanickofficial

    ingat tau kalau hidung mancung.. bukan saja saja 🤣 #mukbang #nasilemak #malaysianfood

    ♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

    “Lepas Ni Kalau Nampak Hidung Janna Bentuk Lain…”

    Dalam pada itu, suami kepada Janna iaitu Dini Schatzmann sempat menitipkan pesanan kepada netizen untuk tidak menyangka Janna ‘buat’ hidung.

    “Lepas ni kalau nampak hidung Janna bentuk lain, bukan sebab dia buat hidung tau. Dia sinus.”-kata Dini Schatzmann

    Sekadar info, Janna Nick mendirikan rumah tangga bersama Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023. Sehingga kini, pasangan ini masih berusaha untuk dikurniakan cahaya mata.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts