Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Jay Jay Alami Kegagalan Organ Dalaman’ – Isteri

    [VIDEO] ‘Jay Jay Alami Kegagalan Organ Dalaman’ – Isteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    jay jay isteri adikjay jay isteri adik

    Isteri kepada penyanyi, Allahyarham Jay Jay iaitu Zaitoon Wahid akui reda dengan pemergian suami tercinta yang meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam Ahad.

    Alami komplikasi

    jay jay meninggal duniajay jay meninggal dunia

    Menurut Zaitoon, 61, arwah mengalami kegagalan organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

    Dia pergi dengan tenang selepas apa yang dilalui, dia tidur dan pergi buat selamanya. Selepas pembedahan bypass dibuat pada Jun lalu, dia mula mengalami komplikasi.

    Anak-anak dan adik beradik arwah semuanya ada. Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik dan sebelum itu dia tiada pun tunjuk tanda-tanda dia sakit tapi keadaanya makin teruk selepas Raya yang lalu.

    Zaitoon berkata demikian ketika ditemui di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya, pagi Isnin.

    Zaitoon dan beberapa ahli keluarga lain turut hadir di masjid bagi proses pengurusan jenazah.

    Seorang penyayang

    isteri jay jayisteri jay jay

    Sementara itu, adik kepada Allahyarham, Puan Seri Melor Wati menyifatkan arwah sebagai seorang abang yang penyayang.

    Dia memang sangat penyayang, bukan dengan adik beradik sahaja tapi dengan isteri dan anak-anak. Saya sebagai adik amat terasa kehilangan arwah.

    Dia memang sangat pentingkan semangat kekeluargaan.

    Sementara itu, kira-kira 200 orang kenalan dan keluarga hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir.

    Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor.

    Terdahulu, anak kepada arwah iaitu Cammy Fauzi memaklumkan bapanya dalam proses menjalani rawatan fisioterapi akibat diserang angin ahmar.

    Cammy berkata, bapanya mengalami lumpuh pada bahagian tubuh sebelah kanan pada awal Jun lalu selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu.

    Namun selepas menjalani beberapa sesi fisioterapi, Jay Jay menunjukkan perkembangan positif dan keadaannya bertambah baik.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Handsomenya Iqie Pakai Crop Top’ – Peminat Wanita

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts