Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Jazmy Juma Beri Bayangan Hanya Berkawan Dengan Scha Elinnea ?- ‘Kami...

    [VIDEO] Jazmy Juma Beri Bayangan Hanya Berkawan Dengan Scha Elinnea ?- ‘Kami Profesional Bila Bekerja’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon kacak Jazmy Juma enggan mengulas dakwaan berhubung status hubungannya dengan aktres Scha Elinnea.

    Artikel berkaitan: Scha Elinnea Mengaku Buat Perubahan Pada Wajah, Enggan Ulas Soal Tatu – ‘Semua Orang Pernah Buat Silap’

    Artikel berkaitan: Berkahwin Atas Dasar Amanah, Dapatkah Nuh & Nayla Temui Kebahagiaan?

    Rapat sebagai kawan

    Menerusi temu bual bersama Jazmy berkata, mereka hanya berkawan dan bukan pasangan bercinta seperti yang viral di media sosial.

    Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan, 26, berkata dia seorang yang sangat professional apabila melibatkan soal kerja.

    Saya tak mahu cakap pasal itu, kami hanya bekerja dan menjalankan tanggungjawab secara profesional sebagai pelakon utama.

    Tambah pelakon drama ‘Nuh & Nayla’ ini, mereka mengenali antara satu sama lain ketika mula menjalani penggambaran drama tersebut.

    Disoal sama ada mereka saling berhubung ataupun tidak selepas menjalani penggambaran, Jazmy hanya menjawab ya sekiranya perlu.

    Saya dengan dia rapat sebagai kawan. Kami jumpa bila sama-sama terlibat dalam penggambaran drama ini. Dia seorang kawan yang sangat baik. Selepas kerja, kami tak berhubung. Kalau lepak, kami akan keluar beramai-ramai.

    Di samping itu, Jazmy yang ditemui pada majlis Karok Santai Bersama Pelakon Nuh & Nayla di 1 Utama, sebentar tadi, turut memaklumkan dia tidak selesa sekiranya terpalit dengan cinta lokasi.

    Semua video itu kami sudah berbincang bersama team produksi, maka terjadilah video-video tersebut. Dalam kehidupan sebenar, tiada apa-apa. Kami hanya menjayakan watak sahaja.

    Tak okay (cinta lokasi), saya datang set untuk buat kerja.

    Terdahulu, nama Jazmy dan Scha menjadi sebutan warganet apabila sering berkongsi momen mesra mereka di media sosial. Malah, ada juga yang berharap mereka menjadi pasangan sebenar dan bukan hanya dalam lakonan.

    ALSO READ:  “Orang Tak Setuju Saya Berhijab…”- Norish Karman Maklum Terima Banyak Tawaran Minta Tanggalkan Hijab

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts