Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Jiwa Kacau 2024 Berjaya Pukau 15,000 Penonton, Catat Sejarah Malaysia Book...

    [VIDEO] Jiwa Kacau 2024 Berjaya Pukau 15,000 Penonton, Catat Sejarah Malaysia Book Of Records!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks kembali mengucapkan ‘JIWA KACAU’ kepada pemuzik-pemuzik handalan tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024. Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja. Kali ini Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama.

    Justeru dengan berbesar hati selaku penganjur MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan kugiran sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 pada Showcase Jiwa Kacau 2024.

    Berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan dan meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh sebuah kugiran dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas daripada solois tempatan, Luqman Podolski.

    Berjaya Pukau 15,000 Penonton!

    Menariknya tahun ini, SHOWCASE JIWA KACAU 2024 dihadiri oleh 15,000 penonton yang datang dari pelbagai usia & Negeri/negara bagi memeriahkan showcase dengan penjenamaan JIWA KACAU buat kali kedua ini.

    Malah, ini kali pertamanya konsert diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan telah menerima sijil dari Puan Siti Hajar binti Johor dari Malaysia Book of Record dan Encik Iliyas Bin Jamil yang disampaikan kepada Encik Harith Daniel, CEO bagi MND Sports & Events di atas pencapaian tersebut.

    Lebih Dari 40 Buah Lagu

    Dalam durasi lebih dari empat jam, enam kumpulan hebat termasuklah solois tempatan ini berjaya mempersembahkan lebih dari 40 lagu buat para penonton yang di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, pada malam Sabtu.

    ALSO READ:  Belum Hamil, Nabila Razali Sedia Berdepan Makcik Bawang Berkenaan Soalan Zuriat Pada Pagi Raya!

    1) Luqman Podolski
    – Bahaya
    – Kembar
    – MYVI
    – Mungkin Aku Tak Penting
    – Kalau Kau Rindu
    – Ring Ring
    2) MASDO
    – Medley La Obe + Janji Manis
    – Miss Flower Learn To Twist
    – Inilan Jalannya
    – Berduka Lara
    – Perih Jerih
    – Dinda
    – Malam Pesta Rock N Roll
    – Berchanda
    3) INSOMNIACKS
    – IGAUAN MALAM
    – REMINISENSI
    – TEMAN
    – KEPALA BATU
    – SEMPURNA
    – PULANG
    4) NIDJI
    – Lala Song
    – Disco Lazy Time
    – Arti Sahabat
    – Sumpah & Matiku
    – Wadow
    – Laskar Pelangi
    – Biarlah
    – Hapus Aku

    5) Hujan
    – Kotak Hati
    – Obsesi
    – Ahmoi Chantek
    – Lonely Solder Boy
    – Empayarmu
    – Bila Aku Sudah Tiada
    – Pagi Yang Gelap
    – Aku Skandal
    6) BUNKFACE
    – Hilang
    – Malam Ini Kita Yang Punya
    – Medley High School Rockers/ Silly Lily
    – Rentak Laguku
    – Panik
    – Situasi
    – Revolusi

    View this post on Instagram



    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts