Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentVideo JLo ‘Request’ AI Kecek Kelantan “Mendonia”, Rakyat Malaysia Terkejut Jennifer Lopez...

    Video JLo ‘Request’ AI Kecek Kelantan “Mendonia”, Rakyat Malaysia Terkejut Jennifer Lopez Tahu Loghat Kelantan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Aktres terkenal Hollywood, Jennifer Lopez, atau lebih mesra disapa JLo, sekali lagi menarik perhatian ramai ketika mempromosikan filem terbarunya berjudul “Atlas”.

    Filem ini ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman berasaskan langganan, Netflix. Namun, apa yang benar-benar mencuri tumpuan adalah bagaimana JLo menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk ‘kecek Kelantan’.

    Dalam video promosi yang dimuat naik melalui media sosial Netflix Malaysia, JLo menguji AI yang diberi nama Smith untuk bercakap dalam dialek Melayu Kelantan.

    “Kelantanese Malay (Melayu Kelantan),” arah JLo dengan yakin. Tanpa menunggu lama, Smith membalas, “Bo lah kak wei, sapa bilo nok tanyo ni?” (Cukuplah kakak wei, sampai bila nak tanya ni?), membuatkan penonton terhibur dengan ketepatan dialek yang digunakan.

    Tidak hanya itu, dalam satu lagi hantaran, JLo turut mempamerkan kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan mengucapkan ‘Apa khabar Malaysia!’

    Ucapan tersebut mendapat sambutan hangat dan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial di Malaysia.

    “JLo mentioned Kelantanese (menyebut Kelantan).. korang rasa dia suka laksam tak?,” seloroh seorang pengguna, merujuk kepada salah satu makanan tradisional Kelantan yang popular.

    “Kelantanese mendunia, banyak-banyak loghat, loghat Kelantan juga yang JLo sebut,” komen Fazri, seorang pengguna yang teruja dengan sebutan dialek Kelantan oleh bintang Hollywood tersebut.

    “Aku syak dia (JLo) memang asal Pasir Mas, lama tak balik ni, huk aloss comey dooh, gano (bagaimana) dia boleh kenal Kelantan eh, dia biasa mari Kota Bharu ke?,” seloroh pengguna lain, sambil bergurau mengenai kemungkinan JLo mempunyai kaitan dengan Kelantan.

    Langkah promosi kreatif ini bukan sahaja berjaya menarik minat penonton di Malaysia, tetapi juga menunjukkan usaha JLo dan pasukan Netflix dalam menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya penonton global mereka.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Tak Perlu Menghina Sampai Macam Ini’ – Haneesya Hanee Respon Netizen Kutuk Warna Kulit Gelap Gara-Gara Watak ‘Sally’

    Kemampuan AI Smith untuk bercakap dalam dialek Melayu Kelantan dan kebolehan JLo bertutur dalam bahasa Melayu jelas sekali menambah elemen keseronokan dan keterujaan dalam kempen promosi filem “Atlas”.

    Dengan pendekatan promosi yang unik ini, JLo bukan sahaja mempromosikan filem terbarunya, tetapi juga berjaya mencuri hati peminat di Malaysia, khususnya mereka yang berasal dari Kelantan.

    Kehadiran dialek Kelantan dalam video promosi antarabangsa ini pastinya menjadi satu kebanggaan bagi masyarakat Kelantan dan meningkatkan rasa keterhubungan antara selebriti Hollywood dan budaya tempatan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts