Peninju Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali dengan panggilan Jojo berkongsi keadaan terkininya selepas perlawanan menentang jaguh dari Colombia, Johan Estupinan.
Terima lima jahitan
@johanghazali ???? #johanghazali #fyp ? original sound – JohanGhazaliMuaythai
Menerusi perkongsian di TikTok, Jojo memaklumkan dia telah menerima sebanyak lima jahitan di bahagian kening namun, tidak mengalami kecederaan serius.
Ujar Jojo, kecederaan yang dialaminya itu merupakan satu perkara biasa yang berlaku dalam sukan Muay Thai.
Asssalamualaikum semua, Jojo nak ‘update’ Alhamdulillah, tiada kecederaan yang teruk dan serius.
Cuma saya kena lima jahitan dan itu adalah perkara normal dalam sukan Muay Thai ini.
Akan bangkit
Di akhir perkongsian, anak muda berusia 18 tahun ini menitipkan ucapan terima kasih buat para peminat yang menyokongnya dan berjanji akan melakukan yang terbaik pada perlawanan akan datang.
Saya nak ucap terima kasih buat semua penyokong dan peminat, insya-Allah saya akan buat yang terbaik lagi di masa akan datang.
Bila jatuh, kita bangkit balik. Selagi Jojo masih boleh ‘fight’, Jojo akan ‘fight’.
Terdahulu, Jojo terpaksa akur dengan kekalahan kepada jaguh Colombia, Johan Estupinan dalam satu perlawanan di ONE Championship yang bertempat di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Jumaat.