Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Jom Follow Ammat & Imran Cuti-Cuti Malaysia Di Negeri Di Bawah...

    [VIDEO] Jom Follow Ammat & Imran Cuti-Cuti Malaysia Di Negeri Di Bawah Bayu. Banyak Hidden Gems Rupanya!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bila sebut pasal bercuti, mesti dalam kepala korang dah terbayang-bayang tempat-tempat menarik di luar negara, kan? Yelah, nak tengok negara orang katanya. Tapi, bila nak melancong ke luar negara ni, memang memerlukan kos yang agak tinggi.

    Eh, tapi siapa kata nak melancong ni kena pergi luar negara je? Negara kita ni pun banyak je tempat-tempat yang tak kurang hebatnya, siap ada hidden gems yang tak ramai orang tahu! Contohnya macam Negeri Sabah!

    Nak tahu hidden gems apa yang ada di Sabah? Jom ikuti pengembaraan Amat Larbsib dan Imran Aqil ni!

    Hari Pertama – Tenom

    Siapa yang sukakan sukan ekstrem, mungkin korang boleh masukkan aktiviti water rafting di Sungai Padas, Pangi dalam list korang bila ke Sabah. Memang mencabar betul tengok Amat dan Imran.

    Kalau pergi ke tempat orang, mestilah nak kena belajar tentang budaya mereka, betul tak? Haa… Amat dan Imran berkesempatan juga ke Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom. Di sana, mereka belajar banyak benda tentang budaya kaum Murut seperti pakaian tradisional, tarian dan alat muzik.

    Dah penat berjalan tu, carilah pit stop nak hilangkan haus sekejap. Tak lengkap ke Sabah tanpa rasa kopi tenom sebab Tenom ni memang popular dengan kopinya. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah di Fatt Choi Coffee Cabin dan Kilang Kopi Yit Foh.

    Hari Kedua – Keningau

    Tak perlu ke luar negara, kat negara kita pun boleh healing, contohnya di Donguan Hill ni!

    Selepas mendaki di Donguan Hill, Amat dan Imran bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Taman Bandukan Riverside Resort. Kalau korang nak tahu, resort ni memang tempat yang ideal sangat untuk korang buat aktiviti bersama keluarga, contohnya paddle boat, memancing, hiking dan berkelah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Wanita Bukan Menantu Pilihan, Hampir Lumpuh Disihir Mentua – ‘Setiap Hari Mimpi Kena Patuk Ular’

    Dah buat aktiviti, perut pun mestilah lapar kan? Tak sah ke Keningau kalau korang tak try makanan wajib mereka iaitu Ngau Chap.

    Dah menjamu selera, diorang berkunjung pula ke Pusat Kraftangan Sabah, Keningau yang mempunyai 9 bengkel kraftangan termasuk epoxy resin painting, batik canting, textile digital, buluh, seni jahitan textile, kayu, jahitan beg, anyaman rotan dan tenunan.

    Hari Ketiga – Tambunan Ko

    Hari ketiga pula dimulakan dengan perjalanan ke Pusat Penerangan Raflesia dan merasai pengalaman melihat bunga gergasi ini secara dekat.

    Seterusnya, diorang bergerak pula ke lokasi seterusnya iaitu Tugu Tambunan Memorial, The Stone Garden dan Sinurambi Tower.

    Haa.. korang yang tengok ni mesti dah tak sabar dan teruja nak Cuti-Cuti Malaysia ke tempat-tempat yang Amat dan Imran kongsikan sepanjang 3 hari ni, kan?

    Jadi, jangan lupa saksikan segmen Apa Cerita dan tunggu lokasi menarik seterusnya, ok!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts