Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Jozan Sokong Podcast Selagi Tak Langgar Agama – ‘Orang Kita Bab...

    [VIDEO] Jozan Sokong Podcast Selagi Tak Langgar Agama – ‘Orang Kita Bab Informasi Kurang, Kalau Gosip Semua Tahu’ 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Dua pelawak terkenal Johan dan Zizan Razak tidak menolak kenyataan bahawa podcast adalah antara medium yang terbaik untuk berkongsi pandangan serta pengalaman namun bukanlah platform untuk membuka aib.

    Pendapat Jozan

    Ketika ditemui , selebriti yang dikenali sebagai Jozan itu berkata, mereka belum bersedia untuk memberi komitmen jika diberi peluang untuk menjayakan podcast sendiri berikutan kekangan jadual kerja masing-masing.

    Kami berdua ada jadual masing-masing. Boleh nak buat podcast, cuma kami berdua ada jadual kerja dan komitmen yang berbeza.

    Takut selepas satu atau dua sesi, kami ‘sidai’ orang sebab kedua-duanya sibuk bekerja. Baik kami dijemput ke sesi podcast orang lain, itu tak apa.

    Dalam pada itu, Zizan menyokong kandungan podcast yang menyebarkan info bermanfaat, bagaimanapun setiap intipati podcast perlulah berlandaskan agama dan tidak melampaui batas.

    Kami sokong sahaja mereka yang lain buat podcast. Mereka dah berjaya kami sokong. Bagi saya bukan podcast itu tak bagus, bagus. Tapi, bergantung pada konten yang ingin diketengahkan. Ada konten yang dikeji itu dapat rating lagi tinggi. Rezeki Allah itu kita tidak tahu.

    Bagi saya mudah sahaja, selagi tidak melanggar agama, saya sokong. Saya kurang berkenan kalau sudah mula melanggar agama. Setiap orang buat silap. Allah ada, yang membuka aib Allah balas. Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita.

    Johan dan Zizan berkata demikian pada sidang media dan tayangan perdana filem Baik Punya Ah-Long  yang berlangsung di Mid Valley pada Selasa.

    Bukan sekadar gosip

    Dalam masa yang sama, penyampai radio Hot FM itu tidak bersetuju andai podcast dijadikan sebagai medium untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

    ALSO READ:  [VIDEO] Erma Fatima Minta Aliff Aziz ‘Be Gentleman’, Munculkan Diri Selesai Masalah – ‘Kau Dah Berak Sana Sini, Lepas Itu Hilang’

    Namun, ianya boleh menjana pendapatan yang baik andai digunakan dengan betul.

    Tak semua orang suka kongsi masa lalu. Itu kita kena hormati pendirian seseorang. Kalau saya, saya pun suka bercerita tentang diri saya.

    Ia berbalik pada tujuan podcast itu sebab takut semua benda yang sama, perspektif yang sama. Orang kita bab informasi ini kurang. Kalau gosip semua orang tahu.

    Podcast ini bukan sekadar boleh jadi sumber pendapatan. Jadi bila konten yang baik kita bawa dalam podcast itu, mungkin adalah keberkatan itu. Dia bergantung dengan cara kita membawa podcast itu. Kita semua cari makan.

    Dalam perkembangan lain, Johan memegang watak sebagai Aley manakala Zizan berperanan sebagai Aloy di dalam filem tersebut yang akan mula ditayangkan pada 12 September ini.

    Filem arahan Datuk Afdlin Shauki itu turut dibintangi oleh Liyana Jasmay, Chew Kinwah, Afdlin, Adlin Aman Ramli dan Allahyarhamah Adibah Noor.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts