Pelakon Julia Farhana memilih untuk memberikan tumpuan terhadap pengajiannya dan belum merancang untuk memiliki cahaya mata.
Teruskan pengajian
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin berkata, pada tahun ini dia dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz akan lebih fokus terhadap karier masing-masing.
Saya merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master dan seterusnya PhD. Saya juga terlibat dalam penggambaran, manakala suami pula akan bergelar doktor pakar.
Justeru, buat masa ini, aktres berusia 31 tahun tersebut memberitahu bahawa dia memilih untuk tidak memiliki zuriat dengan memakai peranti intrauterin (IUD) iaitu alat perancang keluarga.
Kami memang merancang untuk memiliki cahaya mata. Ketika ini pun saya sedang memakai IUD dan perlu merancang kerana fasa belajar memang sangat tertekan.
Dalam masa empat tahun untuk selesaikan pengajian, memang sangat stres dan saya perlu fokus seratus peratus.
Julia berkata demikian ketika ditemui pada majlis malam anugerah Nona Superwoman 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.
Bukan ‘childfree’
Walau bagaimanapun, pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu menegaskan bahawa dia dan suami sama sekali tidak mengamalkan konsep ‘childfree’.
Tetapi jangan salah anggap, kami tak menyokong konsep ‘childfree’. Saya sebenarnya sangat teruja untuk bergelar ibu. Cuma pada saya, sekarang bukan waktu yang sesuai dan perlu buat satu persatu.
Kalau saya berhenti seketika kemungkinan saya tidak akan teruskan sehingga PhD, tetapi andai kata saya hamil, saya akan tetap terima.
Sementara itu, Julia turut bersyukur berikutan tidak pernah menerima sebarang tekanan daripada pihak keluarga.
Alhamdulillah ibu bapa dan keluarga mentua saya memahami malah tidak pernah memberi sebarang tekanan.
Sekadar info, Julia mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022.
Dr Che Hafiz sebelum itu pernah berkahwin dengan aktres Lufya dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Laana Haura, 8. Namun mereka bercerai pada 17 Jun 2020.