Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kain Tenun Pahang Yang Dipakai Tunku Azizah, Dihasilkan Dari Penjara Malaysia?

    [VIDEO] Kain Tenun Pahang Yang Dipakai Tunku Azizah, Dihasilkan Dari Penjara Malaysia?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perangai lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering menarik perhatian netizen. Ramai yang menyayangi Raja Permaisuri Agong kali ini kerana sikap mesra beliau kepada rakyat membuatkan beliau disayangi ramai.

    Seperti yang kita sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan kembali ke Negeri Pahang sebagai tanda hampir tamat perkhidmatan mereka sebagai Yang di-Pertuan Agong yang Ke-16 dari tahun 2020 sehingga tahun 2024.

    “Tenun Pahang, Harga Pun Boleh Tahan Jahitan Pun Kemas”

    Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik penyanyi Haziq Rosebi telah menarik perhatian ramai. Video ini telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 145 ribu, tanda suka sebanyak 5812, dan sebanyak 35 komen.

    Video tersebut memaparkan Haziq Rosebi yang berkesempatan membuat persembahan di majlis anjuran Yayasan Prihatin Nasional dan menceritakan mengenai kain tenun yang digayakan oleh Permaisuri Agong hasil tangan insan-insan terpilih di penjara Malaysia.

    “Baru tahu kain tenun Pahang yang digayakan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong selama ini diantaranya dihasilkan oleh para insan-insan dari penjara Malaysia”-kata Haziq Rosebi.

    @haziqrosebi

    Baru tahu kain tenun Pahang yang digayakan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong selama ni diantaranya dihasilkan oleh para insan-insan dari Penjara Malaysia. Btw terima kasih @Yayasan Prihatin Nasional atas undangan..

    ♬ original sound – Haziq Rosebi – Haziq Rosebi

    Ramai yang teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan perkara yang sama, bahawa kain tenun yang dipakai kebanyakkannya dihasilkan dari Penjara Malaysia serta jahitan mereka juga kemas.

    Segala-galanya, semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa pendapat anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] Peminat Lepas Rindu Tengok Hafiz Suip Nyanyi ‘Live’ – ‘Please Comebacak & Bangkit! Dia Vokal 3 Kali Berturut AJL’

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts