Usahawan terkenal Kak KM mendedahkan dia pernah ditawarkan pekerjaan oleh seorang ‘bapa ayam’.
Tawaran daripada ‘bapa ayam’
@dmnbitch3ss Replying to @.aboutyou_7 part 2 bapak ciken
? original sound – > – >
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata, pada mulanya dia menyangka individu tersebut adalah seorang lelaki yang baik kerana penampilannya.
Waktu itu umur aku 18 tahun baru habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Tapi masa itu aku dah pandai cari kerja.
Aku tak tahu dia seorang bapa ayam. Ketika itu tahun 1998, bapa ayam pakai kopiah. Aku ingat dia orang masjid dan orang baik-baik tapi hakikatnya tidak.
Dia pakai kemeja tangan panjang, pakai celak, letak hitam dekat dahi dan sembahyang setiap waktu. Dia ajak aku bekerja dengannya.
Menurut Kak KM, individu tersebut memintanya untuk menghadiri ke temuduga kekosongan pekerjaan.
Dia cakap dia ada kerja dan aku pun memang tengah mencari. Aku tanya dia nak temuduga dekat mana dan bila.
Kemudian dia bagi kad dan pejabat dia belakang Chow Kit. Aku tahu belakang tu banyak ‘chicken’ dan pondan cari makan.
Allah lindung
Bercerita lanjut, ibu kepada empat orang anak itu kemudian didatangi oleh seorang lelaki yang membongkarkan identiti sebenar individu tersebut.
Kak KM juga bertindak mengintip individu berkenaan dan melihat sendiri dia sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral.
Ada seorang lelaki datang, dia kata, ‘itu bapa ayam, baik-baik tau.’
Aku punya seram!
Aku ingat dia tipu, tapi aku pernah pergi ke Lorong Haji Taib itu dan memang aku jumpa dengan kopiah dia yang tak buka dan dikelilingi ‘chicken’.
Dalam masa yang sama, anak kepada aktres Normah Damanhuri itu bersyukur kerana tidak terjebak dengan pekerjaan tersebut.
Memang tuhan selalu lindungi aku. Syukur Alhamdulillah.
Kalau aku ikut ke jalan hitam itu, awak semua tak panggil KM mesti panggil KM Chicken. Nauzubillah, jauhkanlah aku Ya Allah.