Usahawan kontroversi, Kak KM tampil menjelaskan mengenai kekeliruan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak lelakinya, Mohd Faris, yang diumumkan pada 27 Mei lalu.
Tengah menanti keputusan
Ketika ditemui , Kak KM berkata anak lelakinya mendapat 6A ketika mengambil slip keputusan di sekolah. Namun, sebaliknya berlaku ketika menyemak secara di atas talian apabila memaparkan keputusan yang berbeza iaitu 3A 5B.
Sebenarnya benda itu (isu keputusan SPM) tengah ada isu dan perkara itu masih belum selesai.
Jadi, sekarang tengah tunggu keputusan SPM yang sebenar dan baru kita akan umumkan. Tak boleh nak cakap apa-apa buat masa sekarang.
Kak KM berkata demikian ketika ditemui di sidang media Pesona Kebaya yang diadakan di Pavilion Damansara Height, pada Sabtu.
Tambah Kak KM, dia tetap berbangga walau apa sahaja keputusan SPM yang diterima kerana tahu anaknya itu sudah berusaha sebaik mungkin.
Katanya lagi, dia sama sekali tidak bersedih apabila dituduh menipu oleh warganet kerana dia bercakap benar.
Tumpang rezeki anak
Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri memberitahu dia tidak pernah kedekut dengan anak-anak. Jelas Kak KM, hadiah mewah yang diberikan itu memang sudah tertulis rezeki buat anaknya.
Suka hatilah kita mampu! Saya pun tak minta duit orang lain atau menyusahkan sesiapa.
Itu memang rezeki anak saya. Jangan kedekut dengan anak sebab sebagai ibu bapa kita menumpang rezeki mereka.
Sebelum ini, Kak KM telah menghadiahkan wang tunai RM10,000 dan sebuah kereta berjenama Mercedes Benz kepada Faris selepas dikatakan memperoleh 6A dalam SPM.
@official Kak KM tampil menjelaskan mengenai kekeliruan keputusan SPM anak lelakinya, Mohd Faris, yang diumumkan pada 27 Mei lalu ? # #sembangentertainment #kakkm #tipu #spm #anak ? original sound – OHBULAN!