Usahawan Kak KM berkongsi tentang kisah arwah bapanya yang pernah berkahwin dua.
Suami kahwin dua
@rabiatuljamaludin Kak KM pecah rahsia apa tu?? #kakkm #lianarosli?? #sweetdara
? original sound – ??????? ?? – ??????? ??
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mendedahkan arwah bapanya pernah memiliki dua orang isteri.
Arwah bapa aku pun kahwin dua juga.
Habis harta bapa aku, bapa aku kaya banyak tanah atas nama dia. Arwah datuk aku antara orang kaya di Perlis.
Bapa aku seorang sahaja anak lelaki, jadi hartanya lebih banyak.
Perkahwinan hanya sementara
Walau bagaimanapun, Kak KM berkata, perkahwinan tersebut tidak bertahan lama dan bapanya pula ketika itu masih mencari ibunya yang juga aktres Normah Damanhuri.
Dia pernah kahwin tapi sekejap sahaja tak lama dan tidak mempunyai anak.
Tapi dia sibuk nak cari mak aku balik. Pecah rahsia, Al-Fatihah kepada papa.
Dalam masa yang sama, ibu kepada empat orang anak itu juga berkongsi pendapatnya tentang lelaki yang berkeinginan untuk poligami.
Aku tak faham kenapa, lelaki ini sebenarnya dia sengaja nak cuba kahwin lain.
Bila isteri pertama tak kisah, dia akan rasa isteri pertama tak sayang dan selepas itu dia akan menggelabah sendiri.