Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kak KM Sukar Berjauhan Dengan Anak Lelaki, Akui Terkesan Kes Kematian...

    [VIDEO] Kak KM Sukar Berjauhan Dengan Anak Lelaki, Akui Terkesan Kes Kematian Pelajar UiTM Dungun – ‘Saya Rasa Kehilangan.. Luluh Hati’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan terkenal Kak KM, mengakui sukar untuk berpisah dengan anak lelakinya, Mohd Faris selepas cahaya matanya itu berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

    Tak pernah berpisah

    Ketika ditemui , Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata, dia mengalami kesedihan yang luar biasa kerana anak-anaknya tidak pernah berenggang dengannya sejak daripada mereka kecil.

    Sedihnya lain, sebab dia anak lelaki tunggal dan tak pernah berpisah langsung dengan saya.

    Kesedihan itu lama juga sebab dia pun tak okay..dia menangis, dia akan telefon dan bertanya adakah saya okay kemudian dia akan menangis lagi.

    Tak pernah tak balik, keluar ke mana-mana sekali pun dia tak pernah tak balik. Jadi apabila dia keluar ke universiti itu saya terasa kehilangan dia.

    Meskipun sedih, tetapi ibu kepada empat orang anak itu tetap merelakan demi masa depan cahaya matanya.

    Tapi bagus sebenarnya, biar anak kita berdikari dan belajar hidup. Cumanya anak-anak saya semuanya manja dan membesar di depan mata saya.

    Itu tanggungjawab dia sebagai seorang pelajar juga.

    Kak KM berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Jumaat.

    Perasaan seorang ibu

    Dalam pada itu, sebagai seorang ibu, Kak KM turut terkesan dengan berita kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun yang dirempuh seorang pemandu wanita pada Rabu lalu.

    Ya Allah, menangis saya tengok. Kitakan seorang mak, tengok berita tiba-tiba anak meninggal macam tu..luluh hati ini.

    Kita jaga anak elok-elok tiba-tiba dilanggar.

    Risau dengan pelbagai kes yang tidak dingini berlaku dalam kalangan pelajar, Kak KM mengambil pendekatan untuk memeriksa terlebih dahulu latar belakang rakan-rakan anak-anaknya.

    Semasa saya hantar Faris, saya periksa bilik dia, tanya kawan-kawan dia berasal dari mana..latar belakang mereka.

    Alhamdulillah nampak baik-baik dan dapat berjumpa ibu bapa mereka.

    Tapi saya masih risau andai dia dibuli.

    Terdahulu, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri itu tidak dapat menahan air mata apabila terpaksa berjauhan dengan Faris selepas dia ditawarkan ke universiti.

    ALSO READ:  Norreen Iman Syukur Kes Buli Anak Di Sekolah Selesai – ‘Biasalah Proses Perkembangan Kanak-Kanak, Semoga Tidak Berulang Lagi’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts