Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kaka Azraff Masih Terkesan Dengan Pemergian Arwah Ibu & Kakak –...

    [VIDEO] Kaka Azraff Masih Terkesan Dengan Pemergian Arwah Ibu & Kakak – ‘Kalau Ikutkan Saya Tak Nak Sambut Aidilfitri’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Kaka Azraff mengakui dirinya masih terkesan dengan pemergian dua insan tersayang iaitu ibu dan juga kakaknya sehingga ke hari ini.

    Sambut raya demi keluarga

    Ketika ditemui , Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff berkata dia begitu terkesan sehinggakan mempunyai niat untuk tidak menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

    Namun, dia tetap menyambut perayaan tersebut demi memberikan kemeriahan buat keluarga serta empat orang anak arwah kakaknya.

    Kakak meninggal mengejut, dia muda lagi 39 tahun, dia tinggalkan empat orang anak, dia ‘pergi’ sebelum puasa.

    Kakak meninggal sebab Meningitis (jangkitan kuman), demam yang berpanjangan selama dua minggu dan jangkitan kuman dia dah sampai ke otak.

    Dan tahun ini sepatutnya raya pertama tanpa ibu tapi dia jadi tanpa ibu dan kakak. Jadi, raya ini kalau ikutkan, saya tak nak sambut, tapi sebab saya ada suami dan anak-anak serta anak saudara, saya kena kuat.

    Kita yang bersedih kenapa mereka yang perlu terkesan? Jadi setiap kali beraya tu saya selalu paksa diri untuk budak-budak ni. Itu yang saya buat sebenarnya.

    Kaka berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media program ‘The Hardest Singing Show’ yang berlangsung di The Gardens Theatre, The Gardens Mall Mid Valley City, Kuala Lumpur.

    Tambah pelantun lagu ‘Gila’ itu, dia kini mengambil tanggungjawab untuk menjaga empat orang anak saudaranya itu.

    Abang ipar saya anak tunggal, jadi siapa dia nak harapkan? Saya dan adik sahaja, kami sama-sama tolong dia untuk besarkan anak-anak.

    Anak-anak dia sekarang duduk dengan adik saya. Adik saya dia sendiri yang tawarkan diri untuk jaga.

    Jadi saya pun sama-sama turut serta tolong jaga anak arwah kakak, sebab mereka pun memang rapat dengan saya daripada kecil.

    Sekadar info, ibu kepada Kaka iaitu Redida Aziz meninggal dunia pada 7 Mei tahun lalu akibat serangan jantung manakala kakak kepadanya, Nor Afida Noor Azraff meninggal dunia pada 8 Mac lalu.

    ALSO READ:  Faizal Ismail Dapat Sampaikan Tazkirah Melalui Ceramah Motivasi Sahaja

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts