Siapa yang tidak kenal dengan Nor Atiqa Noor Azraff atau lebih dikenali sebagai Kaka Azraff merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia.
Kaka mula dikenali melalui lagu Bawaku Pergi yang dinyanyikan bersama Zizan Razak pada 2012. Beliau merupakan anak saudara kepada penyanyi rock wanita terkenal, Ella.
Kaka memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi selepas mendapat peluang berkolaborasi bersama Zizan Razak melalui lagu “Bawaku Pergi” dan kolaborasi. Walaupun lagu tersebut mempunyai banyak kontroversi melibatkan lirik lagu tersebut namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.
“Terasa Sampai Ke Jiwa Lagu Ni”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @naqibbshah yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 46 ribu, tanda suka sebanyak 4567 dan sebanyak 25 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Kaka Azraff yang menyanyikan ketika di Konsert Malam Healing Rapid KL dengan lagu berjudul ‘Ku Tak Bisa’ dari Slank yang merupakan lagu lama serta sehingga kini masih lagu tersebut masih digemari ramai.
@naqibbshah Tak bisa jauh 🥲 #healingwithrapidkl #malamhealingrapidkl
Rata-rata netizen menyukai persembahan dari Kaka Azraff itu. Mereka juga mengatakan bahawa lagu tersebut menyimpan pelbagai kenangan dalam diri mereka bersama insan tersayang.
“AAAA bestnyaa”
“Legend matt lagu ni”
“Mengulit kenangan ahh lagu ni”
“Mantap. fav song”-kata mereka
Apa-apa pun, semoga Kaka Azraff dapat mengeluarkan lebih banyak lagi kerya-karya yang hebat buat peminatnya. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?