Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kakak Adira Suhaimi Nasihat Datuk Red Jangan Terlalu Merendah Diri –...

    [VIDEO] Kakak Adira Suhaimi Nasihat Datuk Red Jangan Terlalu Merendah Diri – ‘Emas Pun Dia Tak Nak, Bagi Dia Masa Kau Je’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kakak kepada penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi iaitu Emma Suhaimi menegur bekas adik iparnya, Datuk Red agar tidak terlalu bersikap merendah diri.

    ‘Kau sedih kan sebenarnya?’

    @putehhhx #abgred #datored #emmasuhaimi ? original sound – ?????????

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Emma atau nama sebenarnya Erma binti Suhaimi menyifatkan pemilik nama Datuk Seri Adnan Abu itu seorang yang pemalu dan rendah diri lebih-lebih lagi ketika kemunculannya di Majlis Pelancaran Miragold x Siti Adira yang berlangsung di Shah Alam, pada Khamis.

    Kau sedih kan sebenarnya?

    Jangan lah terlampau merendah diri Nan (Adnan). Kau tahu tak, majlis mereka tu dapat lagi banyak sambutan sebab kau punya kehadiran. Sebab kau muncul di atas pentas tu, viral Miragold malam ni. Sudah-sudahlah merendah diri.

    Menjawab pertanyaan itu, Datuk Red mengakui bahawa dia berasa sedikit malu kerana tidak mampu membeli barangan berharga buat bekas isterinya, Adira Suhaimi.

    Jelasnya lagi, cincin yang diberikan kepada Adira ketika majlis pelancaran itu juga bukanlah daripada hasil wangnya sendiri.

    Malu, cincin tu saya bawa je bukan saya yang beli.

    Emma kemudian memberitahu Datuk Red bahawa barang pemberian tidak penting sebaliknya masa dan sokongannya adalah benda yang paling berharga yang diinginkan oleh Adira.

    Kau tak perlu bagi apa-apa, kau bagi masa sahaja pada Ami (Adira) sudah cukup. Ami pun cakap dia tak nak apa-apa dari kau, dia nak masa dan kerjasama kau saja.

    Emas pun dia tak mahu, dia dah ada emas. Kau jangan merendah diri di sana. Nampak sangat kau sedih, nampak kau tak selesa.

    Untuk rekod, Adira dan Adnan sah bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu.

    ALSO READ:  Hidap Kanser Di Usia 75 Tahun, Istana Buckhingham Dedah Raja Charles III Sedang Dirawat

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek,6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob, 2 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts