Nama pasangan pelakon adik beradik, Emma Maembong dan Chacha Maembong turut terpalit dengan isu rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz.
Kakak bersuara
Susulan itu, kakak kepada kedua-dua aktres tersebut iaitu Coddy Maembong turut tampil mempertahankan adik-adiknya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Coddy berkata dia ada menghubungi adik-adiknya selepas isu tersebut tersebar.
Aku cakap dengan Chacha dan Emma semalam. Aku kata kau tak ada buat salah apa-apa, tapi aku tak tahu kenapa nama kau dipetik dan aku tak tahu tiba-tiba isu pasal kau pun ada.
Kau sendiri pun tak pernah berkawan pun dengan Ruhainies, tak pernah berhubung, tak pernah WhatsApp, malam tadi je kau WhatsApp dia itu pun sebab kes ni berlaku dan nama kau dipetik.
Dalam pada itu, Coddy menjelaskan bahawa mereka hanya berbual biasa tentang isu Bella dan suaminya.
Ada bukti, kami ada dekat sana (majlis). Masa kami sampai, Chacha hanya cakap hi. Kemudian kami ada terdengar dia orang ada cakap pasal kes Bella dan Aliff.
Kami bersembang, macam korang yang bercakap pasal kes Bella dan Aliff, jadi kami pun tak lari juga dari nak bersembang tentang itu. Takkan kami tak boleh nak bercerita, sebab benda itu isunya panas.
Sementara itu, Coddy menasihati Chacha agar mengambil tindakan lanjut andai perkara tersebut tidak dapat diselesaikan.
Aku kata worst comes to worst, kalau kena pertahankan diri kau..kalau kau kena pergi mahkamah, kau pergi sahaja mahkamah. Kalau kena repot polis, kau pergi je repot. Kau kena betulkan balik nama kau.
Semalam Emma dan Chacha tampil membuat kenyataan berhubung isu berkenaan dan menjelaskan tentang perkara sebenar selepas nama mereka muncul di dalam tangkap layar perbualan WhatsApp antara Ruhaines dan Aliff.
@ulfahnaqiyyah Penjelasan dari kakak emma & caca , Coddy Maembong ? #emmamaembong #cacamaembong #bellaastillah #aliffaziz #ruhainies #sarahyasmine
? Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi