Pelakon Fattah Amin menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia sudah lama tidak meluangkan masa bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya kerana sibuk bekerja.
Fattah tetap luang masa dengan anak
Ketika ditemui , pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menjelaskan bahawa dia tetap menjalankan tanggungawabnya sebagai seorang bapa meskipun sibuk dengan kerjayanya.
Selain turut menegaskan bahawa kesibukan bukanlah alasan untuk dia tidak meluangkan masa bersama anak kesayangannya itu.
Kalau ada kata saya sibuk sampai tak jenguk anak, itu tidak benar. Saya sentiasa menghubungi dan mencari masa untuknya sebab Fatima tanggungjawab saya.
Jadual kerja sudah disusun lebih awal sama juga tarikh melawat anak. Tiada istilah saya sibuk sampai tidak ada waktu meluangkan masa bersama anak.
Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Amber yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Sabtu.
‘Fatima beritahu dia mimpi daddy’
Dalam pada itu, Fattah mengakui tidak dapat menahan sebak dan hatinya tersentuh apabila Fatima bermimpi tentang dirinya kerana terlalu rindu.
Apa membuatkan saya sedih apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy (panggilan Fattah). Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh.
Apabila ditanya mengenai hak penjagaan anak, pelakon filem Pendekar Awang itu bersyukur kerana dia dan bekas isteri, Nur Fazura mendapat kata sepakat untuk dia bertemu dengan Fatima secara berkala.
Alhamdulillah atas persetujuan ada masanya saya dapat jumpa dengan anak.
Kalau ikutkan dalam sebulan saya boleh empat malam bersama Fatima dan dalam seminggu saya ada tiga hari untuk melawatnya.
Berbezalah dulu saya sentiasa bersamanya tapi Alhamdulillah saya masih dapat berjumpa dengan anak dan doakanlah agar saya dapat jalankan tanggungjawab sebagai bapa.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
@official Fattah cuba sedaya upaya untuk bersama dengan Fatima ?# #fyp #terkini #fattahamin #fatima #jenguk #anak ? original sound – OHBULAN!