Pelakon Shakilla Khoriri memberi teguran buat para pembeli di luar sana agar berhenti meninggalkan komen dan review yang buruk mengenai produk premium garlic chilli oil keluarannya.
Boleh return atau refund
Menerusi sebuah video pendek berdurasi 0:59 saat, Shakilla dilihat memberi respons terhadap seorang pembeli yang mengadu bahawa chili oil yang dijual olehnya itu tidak sedap.
Menurut Shakilla, dia berharap isu chili oil pahit dan tidak boleh telan ini dapat dihentikan segera kerana dia sudah mengeluarkan kenyataan sebelum ini.
Rasanya cukuplah kot isu pasal pahit, pasal tak boleh telan. Saya faham dan ambil tahu apa yang jadi. Saya pun dah keluarkan satu kenyataan di mana sesiapa yang beli dan dapat botol yang pahit sampai tak boleh telan, sampai tak boleh terima tekak tu, sila buat return atau refund daripada mana yang korang beli.
Jadi rasanya tak perlu komen yang macam ni. Kalau dah rasa cukup tak nak beli, then it’s ok. Tak perlu beli. Jangan komen macam ni.
Ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia faham setiap manusia mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan memberi komen.
Tapi tak perlulah komen yang menjatuhkan peniaga. Bukan saya sahaja, tetapi pada smua orang. Pergi beli dekat mana yang korang rasa lebih sedap. Saya tahu ramai di luar sana yang jual chili oil lagi sedap. Terima kasih sebab pernah beli.
Video
@officialshakillakhoriri Replying to @Natasha K. Hi Natasha and kepada semua yang TERbeli atau TERdapat bottle Chili Oil yang TERaniaya sebelum ni. Saya minta maaf. Saya ada bagi solution untuk return/refund dalam tempoh yang disediakan TT tapi bukan salah saya kalau kalian hanya diam dan simpan Chili Oil dalam peti sejuk atau dimana-mana. Sorry, but kalau MAHU cubalah yang baru punya. Thank you. Hava a nice day Tashaaaa and semua ??
? original sound – OfficialShakillakhoriri – OfficialShakillakhoriri