Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Kalau Ditakdirkan Isteri Saya Sudah Tiada, Mungkin Saya Tak Akan Kahwin...

    [VIDEO] ‘Kalau Ditakdirkan Isteri Saya Sudah Tiada, Mungkin Saya Tak Akan Kahwin Lagi’ – Aliff Syukri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa simpati dan tumpang bersedih dengan berita perceraian melibatkan beberapa pasangan selebriti popular tanah air.

    Saya faham apa mereka rasa

    Menerusi temu bual bersama Aliff percaya setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tidak mahu hubungan mereka berakhir dengan perceraian.

    Tambah Aliff, sekiranya perkara tersebut berlaku, mereka pasti sudah berfikir masak-masak untuk mengambil keputusan tersebut.

    Bila saya tengok orang bercerai saya faham apa yang mereka rasa.

    Bukan senang menghadapi perceraian dan saya selalu mendoakan mereka.

    Saya tak boleh tengok orang bercerai, saya rasa sedih kerana saya yakin tiada seorang pun yang berkahwin mahu bercerai melainkan ia adalah jalan terakhir.

    Saya sendiri pun bila bergaduh dengan isteri, ramai yang tanya apa tips bertahan.

    Saya kahwin hanya sekali sahaja, mak ayah saya bercerai. Jadi bila berkahwin saya tak ada pasang niat atau sebut perkataan bercerai.

    Aliff yang ditemui pada Majlis Hi Tea Anthon’s Leather di One World Hotel, hari ini, turut memberi nasihat kepada golongan isteri agar berbaik dengan suami masing-masing demi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

    Saya nak nasihatkan para isteri semua, berbaiklah dengan suami anda. Rujuklah dengan mereka sebab saya dan isteri sendiri pernah hampir bercerai.

    Tapi saya nak ucapkan terima kasih pada isteri kerana selama 18 tahun berkahwin, Alhamdulillah walau berdepan dugaan dia sabar.

    Tetapi andai katalah isteri saya tiada, saya mungkin tak akan berkahwin lagi.

    Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Datin Nur Shahida Mohd Rashid pada 2007.

    Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, Luqman Al Hakim selain turut menjaga seorang anak angkat.

    ALSO READ:  [VIDEO] Didakwa Tak Pandang Muka & Hargai Pengorbanan Bekas Isteri, Ini Respons Andika Putera

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts