Menerusi temu bual bersama selebriti dan usahawan popular, Datuk Ifa Raziah berharap semua pihak yang terlibat dalam kontroversi melibatkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan Sarah Yasmine berhenti bertengkar dan menyebarkan aib masing-masing di media sosial.
Semua kena beri kerjasama
Menurut Ifa, semua pihak harus beri kerjasama agar isu yang berlaku tidak diperbesarkan.
Sebagai artis senior yang mempunyai pengalaman, saya dah lama berkarya dan banyak melakukan persembahan di Singapura. Apabila timbul kes sebegini jadi tak syok kerana ia melibatkan dua negara. Kita tak mahu buka aib masing-masing seperti ini diteruskan. Calar nama industri.
Kepada individu yang terlibat, diam-diam sudah. Tak payah nak sebar. Kita tak nak ambil tahu sebab banyak lagi hal yang lebih faedah. Jadi berhentilah! Semua perempuan atau artis yang terlibat, tolonglah buat laporan polis. Kita pun nak cari makan di Singapura.
Tambah Ifa, Aliff perlu segera mencari jalan penyelesaian demi kebaikan semua pihak.
Berhentilah Aliff. Nak berpisah buat cara berpisah. Lepas Bella cara baik. Pergilah kepada mana wanita yang dicintai. Teruskan hidup dengan cara masing-masing dan perbaiki diri.
Malah, Ifa turut menawarkan dirinya untuk menaja perkahwinan Aliff seandainya ia boleh menjadi jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku.
Kerana masalah mereka dua, habis semua terpalit. Kita doakan mereka. Kahwin kan senang. Susah-susah pening kepala. Nak kakak taja, kakak taja kau kahwin nak?