Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Kalau Surat Layang Tak Viral Dalam Group WhatsApp, Arwah Mungkin Dapat...

    [VIDEO] ‘Kalau Surat Layang Tak Viral Dalam Group WhatsApp, Arwah Mungkin Dapat Diselamatkan’ – Bapa Zulfarhan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    surat layang bapasurat layang bapa

    Bapa kepada mangsa pembunuhan kejam, Allahyarham Zulfarhan iaitu Zulkarnain Idrus meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang menerima surat layang kerana didakwa tidak mengambil tindakan sewajarnya.

    Surat layang diterima

    Aufa AimanAufa Aiman

    Menerusi temu bual bersama radio Era, Zulkarnain berkata surat layang yang ditulis oleh seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tersebut telah pun dimaklumkan di dalam mahkamah.

    Sebenarnya surat layang ini dah diberitahu di dalam Mahkamah Tinggi, si penulis pun ada dan menjadi salah seorang saksi.

    Justeru itu, Zulkarnain mengucapkan terima kasih kepada penulis tersebut iaitu Aufa Aiman yang berniat baik mahu membantu arwah.

    Bagaimanapun, Zulkarnain tetap berasa kecewa dengan tindakan pihak yang menerima surat layang berkenaan yang dipercayai adalah seorang jurulatih di univeristi tersebut.

    Saya mengucapkan terima kasih, tetapi ada kekesalan juga atas tindakan seorang jurulatih yang menularkan dalam WhatsApp group.

    Jika dia tidak bertindak begitu, saya rasa arwah dapat diselamatkan. Saya pun sependapat dengan hakim Mahkamah Tinggi iaitu apabila ditularkan surat itu maka keputusan menjadi terbalik.

    Maksudnya, kalau tidak ditularkan mungkin arwah dapat diselamatkan tapi apabila ditularkan mereka bertindak membawa arwah lari dan keluar dari bilik serta tidak dapat dikesan.

    Difahamkan, surat layang tersebut memaklumkan bahawa Allahyarham Zulfarhan berada dalam keadaan kritikal di dalam bilik 4-10, Blok Satria dan memerlukan bantuan perubatan segera.

    Surat layang yang ditulis di atas kertas A4 itu kemudiannya diselitkan pada pintu pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 manakala satu lagi surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

    Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut UPNM yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

    ALSO READ:  Abang Tesla Sudi Bantu Datuk Red Ada Perniagaan Semula & Langsaikan Hutang

    Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.

    Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

    Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts