Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kamal Adli Dodoikan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?-“Sejak Jadi Ayah...

    [VIDEO] Kamal Adli Dodoikan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?-“Sejak Jadi Ayah Nie…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui pelakon, Uqasha Senrose telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.72 kilogram di sebuah pusat perubatan pada 27 April 2024.

    Suami kepada Uqasha yang juga pelakon, iaitu Kamal Adli dilihat berkongsi satu video yang memaparkan dirinya sedang mendukung bayi perempuannya yang diberi nama Uqaira itu.

    “Rutin baru ❤️.”-kapsyen Kamal Adli di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by K.A (@kamaladli)

    “Sindrom Bapa-Bapa Dah Ni Kamal…”

    Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Kamal yang kini memulakan rutin sebagai bapa dengan mendodoikan bayi perempuannya itu, malah ramai yang ‘menegur’ Kamal sudah mengalami sindrom ‘bapa-bapa’ apabila dikatakan memakai seluar terbalik.

    “Seluar pon terbalik 🤣.”

    “Sejak jadi ayah ni..ayah pun lupa cara pakai seluar ikut tag 😅.. sindrome bapak-bapa dah mai.”

    “Realiti tak seindah dalam drama kan.. 😂😂.  Apapun terbaiklaa. Pengalaman macam ni mahal untuk dikenang suatu hari nanti.”

    “Hahaha dah jadi ayah seluar pun terbalik 🤣🤣.”

    “🤣🤣🤣 gitu la peranan bapa-bapa sedunia.”

    “Seluar terbalik tuuu bangg 😭😭🤣🤣.”

    “Sindrom bapak-bapa dah ni kamal.. 😂 hehehe bertabahla bila siang dan malam dah bertukar waktu.. Alhamdulillah bila si ayah ringan tulang bersama-sama jaga Uqaira .. boleh Uqasha rehat jap, badan masih lemah lagi tu…”

    “Macam laki aku suka pakai sluar gitu sejak ada anak ni 😂.”

    Sekadar info, Uqasha Senrose telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga seorang pelakon, Kamal Adli. Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib pada jam 9.39 dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis tertutup pada 5 November 2021.

    ALSO READ:  Mencari Saham Akhirat, Ezlynn Reda Bermadu Dengan Doktor Setelah Beri Kebenaran Suami Kahwin Lagi

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, iaitu Uqaira.



    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts