Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 11, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kamal Adli Nafi Rumah Tangga Bergolak – ‘Kalau Bergaduh Tu Biasalah,...

    [VIDEO] Kamal Adli Nafi Rumah Tangga Bergolak – ‘Kalau Bergaduh Tu Biasalah, Perempuan Emosi..’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Kamal Adli akhirnya membuka mulut berhubung spekulasi yang mendakwa rumah tangganya dengan isteri, Uqasha Senrose sedang bergolak.

    Hubungan Kamal, Uqasha baik

    Ketika ditemui , Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, mengakui bahawa setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti berdepan dengan ujian berumah tangga termasuk pergaduhan atau perselisihan faham.

    Menjelaskan mengenai khabar angin mengenai rumah tangganya, Kamal akui hubungannya dengan Uqasha masih dalam keadaan baik.

    Saya ada juga mendengar cerita (rumah tangga), tak tahu mengapa isu rumah tangga dibangkitkan. Tapi saya okay sahaja dan saya cuba jadi orang yang lebih terbuka.

    Kalau bergaduh tu biasalah perempuan kadang-kadang emosi, lebih-lebih lagi kalau melibatkan anak.

    Sementara itu, apabila ditanya mengenai isu membabitkan bekas pembantu peribadi Uqasha, Kamal memberitahu kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

    Apa yang mereka (pembantu peribadi) cakap tu fitnah. Sebab tu kami tak ambil kisah sangat. Orang yang tahu kisah sebenar boleh menilai.

    Kamal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran drama Hikayat Bawang Putih Bawang Merah di Bandar Utama pada Khamis.

    ‘Tak logik tuduhan tu’

    Dalam pada itu, Kamal turut menafikan spekluasi isterinya pernah mengasari bekas pembantu peribadinya seperti yang didakwa.

    Tak logik tuduhan tu, kalau betul kena pukul sila tunjukkan bukti. Tapi sampai sekarang tak ada bukti.

    Saya kadang-kadang kasihan tengok Uqasha, dia selalu jadi mangsa fitnah termasuk isu buli dahulu. Orang ingat senang nak ‘pijak’ dia, mereka tak tahu dia ada saya.

    Kamal turut akui isu tersebut telah mengganggu emosi isterinya lebih-lebih dengan situasi mereka kini yang sudah memiliki cahaya mata.

    Dia sangat terkesan sampai saya sendiri beritahu dia jangan layan isu tersebut.

    Terdahulu, seorang wanita yang merupakan pembantu peribadi Uqasha membuat pendedahan dengan mendakwa dikasari selepas menceritakan masalah rumah tangga pasangan itu kepada ibu aktres berkenaan.

    ALSO READ:  [VIDEO] Zulin Aziz Teringin Timang Anak Kembar – ‘Doakan Tau, Saya & Suami Masih Berusaha’

    Tidak lama selepas itu, Uqasha tampil menafikan dakwaan tersebut selain turut menceritakan sikap sebenar pembantu peribadinya itu.

    Dalam perkembangan lain, Kamal bersama beberapa barisan pelakon terkenal seperti Mira Filzah, Nabila Huda, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani bakal membintangi drama Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan ditayangkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,228FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts