Usahawan terkenal yang juga pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri berkongsi rasa bimbang apabila melihat keadaan ‘sliding door’ bilik tidur anaknya itu hancur berderai secara tiba-tiba, baru-baru ini.
Haliza menerusi video yang dimuatnaik di TikTok turut menjelaskan bahawa kediamannya itu dipantau 24 jam oleh pengawal keselamatan. Namun, ‘sliding door’ bilik anaknya itu tiba-tiba pecah berderai tanpa sebab yang jelas.
“Rumah ini dipantau 24 jam oleh pengawal keselamatan. Namun, sliding door bilik anak tiba-tiba pecah berderai tanpa sebab yang jelas.
Kami dah semak CCTV, tiada balingan batu atau objek mencurigakan. Ada sesiapa pernah alami situasi macam ini? Mohon pandangan atau pengalaman anda semua.
Ya Allah lindungilah aku, ahli keluargaku dan rumahku daripada kejahatan syaitan dan manusia.”-kongsi Haliza Maysuri
@halizamaysuri “Tiada hujan, tiada ribut, sliding door bilik anak saya hancur, pecah berderai. Ya Allah, lindungilah aku, ahli keluargaku, dan rumahku daripada kejahatan syaitan dan manusia. Ya Allah, jauhkanlah kami dari segala perkara yang tidak diinginkan. Ya Allah, peliharalah kami dalam rahmat dan perlindungan-Mu.
♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi
Netizen Kongsi Pendapat
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka, malah ada yang berpendapat insiden ‘sliding door’ pecah itu berlaku disebabkan struktur kaca yang lemah.
“Kalau saya buat kesimpulan struktur kaca yang lemah.”
“Mungkin ada heat pressure Puan.”
“Biasanya tempered glass boleh crack ikut cuaca panas, kering dan sejuk.”
“Moga dipermudahkan segala urusan Puan, dilindungi daripada benda-benda yang tak baik.”
“Allahuakbar, kenapa harus dengki dengan kejayaan Puan.”
“Semoga Allah lindungi seluruh ahli keluarga Puan dan anak serta anak bulus.”
“Ini biasa berlaku. Cermin kaca meletup asbab kualiti kaca dan jenis kaca.”
“Perubahan suhu panas, sejuk mendadak boleh pecah ikut kualiti kaca kalau pengembangan kaca tidak sekata.”
Apa komen anda?