Di Instagram, isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish tidak dapat menahan sebak apabila barang meniaga yang diberi pinjam olehnya kepada salah seorang ejen dibalas dengan pengkhianatan.
Kami dikhianat
Menerusi sebuah video yang dimuat naik, Shikin mendakwa kesemua peralatan yang dipinjam dipulangkan dalam keadaan tidak baik. Lebih teruk, ada beberapa barang dipercayai hilang dan mereka perlu membersihkannya sendiri.
Kami dikhianat. Niat nak bantu orang konon susah, ini balasannya. Maaf, bila sesuatu yang melibatkan @cekopishq , saya memang emosi sebab orang tak tahu betapa susahnya saya kumpul duit, ikat perut beli barang satu per satu untuk niaga. Setiap barang ada sentimental value bagi saya dan suami @catfarish.
Tambah Shikin, dia percaya Allah sentiasa bersamanya meskipun niat untuk membantu dan berkongsi rezeki dengan orang lain telah disalahgunakan.
Kami maafkan yang meminta maaf tapi kami takkan lupakan siapa yang khianat kami. Saya percaya ujian Allah ni nak gantikan kami dengan rezeki yang lagi besar.
Doakan saya kuat, dan murah rezeki untuk mula niaga esok kat @havocfoodfestival pandan indah. Bismillah.
Video
View this post on Instagram