Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Kami Nasihatkan Mereka Untuk Mengunci Mulut Bagi Menghormati Prosiding Mahkamah’ –...

    [VIDEO] ‘Kami Nasihatkan Mereka Untuk Mengunci Mulut Bagi Menghormati Prosiding Mahkamah’ – Peguam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat ‘membisu’ selepas selesainya sebutan kes pertuduhan khalwat melibatkan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Hormat prosiding mahkamah

    Mengulas lebih lanjut, peguam yang mewakili Aliff dan Ruhainies iaitu Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani berkata, sebab kedua anak guamnya tidak memberikan sebarang komen kerana mahu menghormati prosiding mahkamah.

    Mereka memilih untuk mendiamkan diri mungkin kerana tidak mahu mendahului prosiding mahkamah.

    Yang kedua, mungkin kedua-dua anak guam saya fokus untuk kes ini dan tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mungkin akan mengeruhkan keadan dan mengganggu perjalanan prosiding mahkamah.

    Tiada sebarang ketegangan yang berlaku antara anak guam dan pihak pendakwa. Semuanya okay, tiada apa-apa yang berlaku.

    Biasalah, itu prosiding yang teratur dan berjalan seperti mana yang diarahkan oleh mahkamah.

    Amirul berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas selesai sebutan kes pertuduhan khalwat melibatkan Aliff dan Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    Sebab pertukaran penjamin

    Aliff Aziz dan RuhainiesAliff Aziz dan Ruhainies

    Ketika ditanya sebab berlakunya pertukaran penjamin kepada Aliff Aziz, Amirul menjelaskan ianya berlaku kerana penjamin tidak boleh memberi sepenuh komitmen atas urusan kerja.

    Penjamin (Aliff Aziz) yang sebelum ini ada komitmen kerja.

    Penjamin ini bukan sekadar di atas kertas sahaja tetapi ada obligasi untuk memastikan kehadiran orang yang dijamin.

    Kami dah maklumkan kepada mahkamah mengenai penukaran penjamin dan mahkamah meluluskannya atas alasan-alasan yang wajar untuk pertukaran tersebut.

    Pada prosiding yang berlaku pada Khamis, mahkamah menetapkan perbicaraan melibatkan Aliff dan Ruhainies ditangguhkan pada 20 dan 27 Februari tahun hadapan.

    Tempoh jaminan bagi kedua-dua tertuduh itu juga dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan yang seterusnya.

    ALSO READ:  Tular Foto Perkahwinan Suami, Ini Respon Irma Hasmie – ‘Doakan Moga Allah Beri Ketenangan’

    Mahkamah juga membenarkan Aliff untuk menggantikan penjamin baharu selepas penjamin sebelumnya iaitu Muhammad Nur Aiman Zainul Ilyas menarik diri dan ditukarkan kepada Furqan Abdul Rahim.

    Terdahulu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.

    Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

    Pada prosiding 3 Julai, Aliff dan Ruhainies kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz pada 3 Julai lalu.

    Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
    Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Sebelumnya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

    Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    @official

    Peguam mewakili Aliff Aziz dan Ruhainies, Muhammad Amirul Ashraf mengatakan perbicaraan kes khalwat antara Ruhainies dan Aliff Aziz akan dimula pada 20 Februari tahun depan. # #fyp #news #ruhainies #aliffaziz #kes #khalwat

    ? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Angkara Dendam Lama, Wanita Simbah Air Panas Pada Pemuda OKU
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts