Perkongsian pelakon, Fattah Amin ketika bercuti di luar negara mencuri perhatian netizen di laman sosial.
Fattah menerusi video yang dimuatnaik di TikTok menitipkan rasa syukur terhadap apa yang berlaku pada tahun 2024 selain menitipkan doa agar tahun baharu dipenuhi dengan keberkatan dan kekuatan.
“Episod 2025 telah bermula. Atur saja ya Allah, aku ikut. Tidak mudah, tapi aku redha dengan ketentuanMu.
Alhamdulillah untuk tahun 2024. Semoga 2025 penuh dengan keberkatan dan kekuatan.”-kapsyen Fattah Amin di TikTok
@fattahamin Alhamdulillah untuk tahun 2024. Semoga 2025 penuh dengan keberkatan dan kekuatan 🤲🏻✨
♬ original sound – FattahAmin – FattahAmin
Netizen Titip Kata Semangat!
Perkongsian Fattah dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang menitipkan kata-kata semangat selepas sah bercerai dengan pelakon, Nur Fazura pada Oktober lalu.
“Jangan terburu-buru mencari pengganti FA. Keutamaan anda adalah Fatimah dan kerjaya. Take your time. Jangan mudah jatuh cinta. Belajar dari kesilapan. Selebihnya, serah kepada Allah.”
“Kenapa dengan mata aku ni, aku baru nampak Fattah Amin yang sebenar lately.”
“Selalu kalau lepas divorced yang glow up perempuan tapi ini terbalik. Terus terbang tinggi Fattah.”
“Seronok tengok dia sekarang. Dulu jarang tengok, sekarang Alhamdulillah, bagus rupanya.”
“Dia tak perlu cakap 1 dunia dia tenang, tapi kita nampak dia tenang je, ada yang kata dia tenang tapi..”
“Apa yang berlaku dengan perkahwinan sebelum ini jadikan tauladan, apa yang kurang pada diri sendiri, perbaiki. Apa yang baik, jadikan lebih baik. Fatima adalah keutamaan anda sekarang.”
Sekadar info, Fattah Amin pernah mendirikan rumah tangga bersama Nur Fazura pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Namun, mereka kemudian sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024.
Apa komen anda?