Pelakon Mimi Lana menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-31 buat aktor, Syafiq Kyle menerusi satu hantaran di Instagram (IG).
Ucapan Mimi buat Syafiq
Menerusi hantaran tersebut, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, menzahirkan rasa kasihnya terhadap Syafiq selain meluahkan rasa syukur kerana aktor itu sentiasa ada dengannya dikala susah dan senang.
Masa berlalu dengan cepat tetapi awak sentiasa menjadi insan yang sentiasa ada dengan saya di waktu susah mahupun senang.
Kasih saya terhadap awak akan kekal selamanya walaupun takdir kita adalah sesuatu yang tidak dapat dipastikan. Selamat hari lahir Bintang dan ‘kembar’ku buat selama-lamanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mengucapkan selamat hari lagi buat aktor itu malah akui suka melihat keakraban yang terjalin antara Mimi dan Syafiq. Mereka turut mendoakan agar pasangan itu bertemu jodoh kembali.
Terdahulu, majlis pernikahan pasangan pelakon ini yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos 2023 telah pun dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta selepas lima tahun menjalinkan hubungan namun hati mereka kembali bertaut setelah berkongsi foto majlis pertunangan di media sosial masing-masing sekitar Januari tahun lalu.
Video
View this post on Instagram