Nampaknya ramai yang naik angin selepas tular satu klip rakaman berdurasi 1 minit 15 saat di mana pemandu Honda Civic bernombor pendaftaran Singapura enggan memberhentikan kereta walaupun sudah diminta oleh polis Malaysia.
Bukan sahaja tidak hormat, malah pemandu ini dengan selamba menekan minyak untuk terus memandu sehingga polis tersebut terpaksa berdiri di hadapan kereta Honda itu. Nak melarikan diri ke?
Kata 1st world tapi perangai second hand
Seorang pengguna twitter @adloehassan berkongsi video tersebut dan meluahkan rasa marah dengan siakap badab warga Singapura tersebut.
Driver Singapore memang perangai lahanat eh?
Polis kita pun dia tak hormat pic.twitter.com/PPAxpW6ClF
— adlie (@adliehassan) August 2, 2023
Perkongsian ini telah mendapat perhatian netizen sehinggakan ramai yang berharap perkara seumpama ini tidak sepaturnya dibiarkan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya.
“Adakah kerana mereka boleh ‘melarikan diri’ daripada undang-undang kita apabila mereka pulang ke negara mereka?”
“Saya warga Singapura dan saya percaya kebanyakan kita tidak membenarkan kelakuan sedemikian sama ada di Malaysia atau Singapura. Bersabarlah”
“Geramnya tengok bila orang asing datang kat negara kita dan buat perangai lebih2 lagi tak hormat undang2 dan penguatkuasa undang2.”
“Akta jalan raya kena gubal especially membabitkan foreigners..benda ni penting supaya diorang tak pijak kedaulatan undang2 negara kita. Kalau tak sampai bila pon takkan habis benda ni”
Sejak kebelakang ini, isu mengenai kelakuan buruk warga negara Singapura semakin memanas selepas tindakan pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia, yang memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ . Jocelyn membandingkan Malaysia hanya menjadi negara membangun sedangkan negaranya lebih ke hadapan selepas 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.
Jadi inikah sikap rakyat negara dunia pertama?
Credit: Viral – Murai MY