Siapa yang tidak mengenali penyanyi terkenal negara, Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain. Beliau bukan sahaja seorang penyanyi yang hebat tetapi juga berbakat dalam bidang lakonan. Banyak filem dan drama lakonannya yang menjadi popular suatu ketika dahulu.
Ziana Zain juga pernah menjadi pramugari di penerbangan Malaysia sebelum memutuskan untuk menjadi penghibur sepenuh masa. Selepas mengeluarkan album sulungnya, Madah Berhelah, Ziana Zain menjadi lebih dikenali dan menjadi antara penyanyi yang memiliki suara yang hebat.
“Sebak Tengok Kakak Cium Adik”
Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @amir.sisi6 telah menarik perhatian ramai. Video ini kini telah memperoleh jumlah tontonan sebanyak 74 ribu, tanda suka sebanyak 2237 dan juga sebanyak 44 komen.
Dalam video tersebut, terdapat Anuar Zain yang sedang menyanyikan lagu kakaknya yang bertajuk ‘Anggapanmu’. Kemudian, Anuar Zain menghulurkan mikrofonnya kepada Ziana Zain untuk menyanyikan beberapa rangkap lagu tersebut.
@amir.sisi6 #anuarzain #zianazain #anggapanmu #family #anuarzain40thanniversaryconcert#foryou #fyp
Ramai netizen terharu melihat hubungan erat antara adik-beradik tersebut. Mereka juga menyatakan bahawa mereka teringat akan perjuangan mereka dalam industri muzik dari dulu sehingga kini.
“Sebak tengokn kasih sayang kakak dengan adik”
“Tersentuh bila tengok dua beradik ni”
“Tiba-tiba mata masuk habuk, keakraban dan kemesraan adik beradik tu jelas kelihatan”-kata mereka
Nama Ziana Zain dan Anuar Zain terkenal dalam industri seni tanah air pada hari ini, kerana mereka telah banyak menghasilkan karya-karya yang baik sehingga lagu mereka sering dimainkan di negara jiran.
Semoga kita semua diberkati di dunia dan di akhirat. Apa pendapat anda?