Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Kehadiran Siti Nurhaliza Di Konsert Awie Cetus Perhatian Ramai-“Terus Histeria Dapat...

    [VIDEO] Kehadiran Siti Nurhaliza Di Konsert Awie Cetus Perhatian Ramai-“Terus Histeria Dapat Lihat Tokti”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Sampai Segan Tokti Bila Ramai Jerit Namanya”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @menantunyapakmansur yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 49 ribu, tanda suka sebanyak 2,089 dan sebanyak 62 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan peminat yang menjerit setelah melihat kelibat Tokti yang menghadiri konsert Dato’ Awie baru-baru ini. Keadaaan tersebut membuatkan kesemua peminat yang hadir disitu menjerit nama Tokti.

    @menantunyapakmansur

    toktiiiiiiiiiiiii,,,,,😆 tokti tokti tokti 👏🏻#videonabilharithhh #sitinurhaliza #peminatsitinurhaliza #masyaallahtabarakkallah❤❤❤ #sitizoners

    ♬ bunyi asal – Julia – Julia

    Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa perkara tersebut sering terjadi sekiranya Tokti menghadiri konsert rakan artisnya yang lain. Tambah mereka lagi, mereka senang melihat keadaan tersebut kerana ia menunjukkan bahawa Tokti sentiasa dihargai peminat walau dimana pun beliau berada.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,241FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts